5 Idea Dekorasi Lobi Pejabat

5 IDEA DEKORASI LOBI PEJABAT

 

Lobi di pejabat merupakan antara ruang yang penting di mana ia perlu di dekorasi dengan baik untuk mendapatkan suasana pejabat yang lebih segar. Ini kerana lobi adalah ruang pertama yang akan kita nampak dan lalui sewaktu masuk ke dalam pejabat. Ruang ini juga kebiasaannya dijadikan tempat menunggu atau pun  reception area. Jadi, ruang ini perlulah selesa supaya mana-mana pelawat yang menunggu tidak akan berasa bosan sepanjang penungguan tersebut.

 

Selain warna cat didinding dan susunan perabot, antara perkara lain yang boleh di ambil perhatian untuk menghias ruang lobi ini agar nampak lebih segar tetapi simple dan ringkas yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut ;

 

1. LEMBUTKAN SOFA KERAS DENGAN KUSYEN

 

Diruang menunggu juga anda disarankan untuk menggunakan kusyen yang lembut di mana ia dapat memberikan keselesaan kepada tetamu yang menunggu. Contoh, sofa tiga tempat duduk dengan dua, tiga atau empat kusyen. Sofa satu tempat duduk dengan satu kusyen sahaja. Pemilihan warnadan corak kusyen yang sesuai juga penting dalam menghias ruang lobi pejabat anda.

 

 

2. MAJALAH ATAU COFFEE BOOK TABLE

 

Majalah berkenaan industri kita lebih baik. Contohnya:

  • Industri pakaian muslimah= majalah fesyen
  • Industri kewangan= majalah bisnes
  • Industri pelancongan= majalah travel

 

Majalah perlu dijaga rapi dan up to date. Disarankan melanggan dan lupus atau jual majalah tahun-tahun yang lepas. Coffee table book  merupakan buku berkulit tebal dan isinya lebih kepada gambar dan sedikit teks penerangan. Nama diberi kerana buku yang diletakkan di atas meja kopi. Fungsinya dijadikan sebagai bahan bacaan tetamu atau pemulaan membuka topik bicara antara tetamu dan pemilik.

 

 

3. HIASAN MEJA TENGAH

Kebiasaannya diruang lobi pejabat akan diletakkan meja ditengah-tengah antara kerusi atau sofa. Jadi, di meja tersebut anda bolehlah menghiaskannya dengan meletakkan hiasan yang sedikit sebanyak dapat membuatkan ruang tersebut tidak nampak suram. Dalam menghias meja tengah ini antara hiasan yang boleh anda gunakan adalah seperti;

  • Bunga atau tumbuhan (tiruan atau asli)
  • Lilin
  • Arca
  • Koleksi (seperti cengkerang-cengkerang laut yang dikumpulkan bersama menjadi hiasan menarik)
  • Barang hiasan yang bertema seperti centerpiece Hari Raya (balang kuih raya yang dihias cantik)

 

 

4. PAPARKAN KREDIBILITI DENGAN GAMBAR DINDING

Selain daripada gambar-gambar lukisan dan kata-kata motivasi anda juga boleh menghias ruang lobi anda dengan menggantungkan frame yang menunjukkan kredibiliti anda bagi dilihat oleh para tetamu yang datang atau pelanggan yang pertama kali berurusan dengan syarikat anda. Melalui gambar dinding seperti ini juga boleh meningkatkan info syarikat anda kepada tetamu dan juga dapat menambah nilai kepercayaan mereka.

 

5. BERBAU WANGI

Harumkan ruang lobi dengan bau-bauan yang tidak terlalu kuat. Seperti potpourri atau freshener dispenser yang boleh disetkan secara automatik.

 

 

Sumber: Majalahniaga