5 JENIS CHECKUP YANG PERLU ANDA LAKUKAN
Penjagaan kesihatan terhadap tubuh badan kita amatlah penting. Jika tidak, habis semua pekerjaan harian kita terganggu kerana adanya masalah kesihatan. Bagi anda yang jenis memang tidak jaga makan atau tidak bersenam, amatlah digalakkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ini bagi mengekalkan kesihatan yang baik terhadap tubuh badan dan mengelakkan penyakit datang.
Jadi, di bawah ini antara 5 jenis checkup yang perlu anda lakukan secara regular. Nak tahu apa? Jom check it out !
#1 Pemeriksaan Fizikal
- Seberapa kerap anda perlukan pemeriksaan fizikal (setahun sekali ke, sebulan sekali ke) bergantung kepada beberapa faktor antaranya umur, tahap kesihatan, dan ada sejarah perubatan atau tidak.
- Selalunya doktor akan memeriksa degupan jantung, pantau berat anda, tekanan darah, suhu badan.
#2 Tinggi dan Berat (BMI)
- Kebiasaan check up, doc akan pantau tinggi dan berat anda untuk mengira BMI anda. Tahu tak BMI tu apa? Body Mass Index.
- BMI kita perlu dalam tahap normal atau sihat untuk mengelakkan daripada sakit jantung, diabetes type 2, beberapa jenis cancer, dan banyak lagi.
- BMI yang sihat adalah antara 18.5 – 24.9.
#3 Tekanan Darah
- Pemeriksaan tekanan darah (atau BP, blood pressure) adalah memeriksa tekanan darah anda dalam arteri. BP yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan sakit jantung atau stroke.
- BP yang normal ialah antara 120 over 80. Kalau 140 over 90 ke atas, itu adalah bacaan BP yang tinggi atau hypertension.
- Disarankan untuk memantau BP anda 2 minggu sekali.
#4 Kolesterol
- Kolesterol merupakan kandungan lemak di dalam salur darah anda. Tinggi kolesterol juga boleh menyebabkan masalah jantung atau stroke.
- Saranan perubatan Amerika mencadangkan pemeriksaan sekali dalam tempoh 4-6 tahun. Namun bergantung juga kepada sejarah perubatan anda. Kalau pernah detect tinggi, pemeriksaan lebih kerap perlu dijalankan.
#5 Saringan Cancer
- Tidak salah untuk melakukan saringan ujian cancer, walaupun tiada tanda-tanda awal cancer dalam diri kita. Ini dapat membantu kita untuk mengesan sel cancer lebih awal, dan mendapatkan rawatan susulan lebih awal.
- Terdapat banyak jenis saringan ujian dan tempoh ujian tersebut perlu dijalankan. Contohnya Fecal Occult Blood Tests (FOBT) perlu dilakukan setahun sekali.
Sumber: celotehummi.com