4 Kelebihan Tomato Untuk Kecantikan Kulit

4 KELEBIHAN TOMATO UNTUK KECANTIKAN KULIT

 

Kebanyakan dari kita tidak tahu yang sebenarnya tomato sangat banyak kelebihannya. Bukan sahaja untuk kesihatan malah tomato ini juga dapat memberi faedah atau manfaat kepada kecantikan kulit kita.

 

Jadi, untuk hari ini admin akan kongsikan kepada semua pembaca Blog Nurraysa antara 4 tips ringkas dan mudah yang boleh anda amalkan dengan menggunakan tomato ini untuk mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat.

 

 

#1 MENGEKALKAN KELEMBAPAN KULIT

  • Untuk melembabkan kulit, hancurkan tomato sehingga  sampai berbentuk pasta dan oleskan pada kulit seperti membuat masker di muka. Kemudian cuci bersih kulit wajah selepas beberapa minit. Kulit anda akan kelihatan lebih segar dari sebelumnya.

 

#2 MENGATASI KULIT BERMINYAK

  • Untuk mengatasi kulit berminyak, campurkan pasta tomato yang dibuat dengan jus mentimun dan gunakan sebagai masker wajah. Biarkan selama sekitar 15 minit setelah itu cuci bersih.

 

#3 MELEMBUTKAN KULIT

  • Untuk melembutkan kulit, campur pasta tomato dengan yogurt dan oleskan pada kulit. Hal ini dapat juga akan mengurangkan kesan sinar matahari yang terkena pada kulit wajah anda.

 

#4 MENGHILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

  • Untuk membuat jerawat cepat hilang, oleskan pasta tomato di jerawat. Hal ini akan menarik keluar minyak yang berlebihan dan mengurangkan kemerahan pada jerawat.

 

 

Banyak kan kelebihan tomato yang kita tak tahu tapi baru tahu harini? Jadi, tunggu apa lagi nanti balik rumah boleh lah cuba untuk dapatkan kulit yang cantik dan sihat. Bukan je untuk wanita tau lelaki pun boleh cuba gunakan tomato ni untuk kulit wajah. Selamat mencuba !

 

 

Sumber: SehatCantikku