5 KEPERLUAN BAYI UNTUK BERKEMBANG MAJU
Ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak-anak kecil yang sedang membesar seharusnya memberikan sepenuh perhatian terhadap anak-anak mereka. Hal ini kerana, anak kecil yang sedang membesar sangat memerlukan kasih-sayang, sentuhan serta perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa kerana ibu bapa lah yang mempengaruhi perkembangan anak-anak.
Di bawah ini adalah antara keperluan bayi yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa untuk memajukan perkembangan anak-anak anda. Jom check it out !
Tunjukkan Kasih Sayang Anda
- Memberi bayi anda banyak kasih sayang, perhatian dan kemanjaan akan membantu dia berkembang secara fizikal dan emosi. Jadi, peluk, sentuh, senyum, beri galakan dan perhatian, dan bermain dengan bayi anda setiap kali anda boleh. Menyokong bayi anda apabila dia sedih (dan juga apabila dia gembira) membantu membina kepercayaan dan ikatan emosi yang kukuh.
Jaga Keperluan Asas Bayi Anda
- Anda dan bayi anda adalah satu pasukan, dan salah satu tugas anda adalah untuk menjaga keperluan-keperluan asasnya supaya dia boleh teruskan tugas-tugas dia yang penuh cabaran! Bantu dia dengan mengajar dia bagaimana mendapat tidur yang cukup, menyusu susu badan jika anda boleh, bawakan ke doktor untuk pemeriksaan yang perlu, dan ikut jadual imunisasi.
Bercakap Dengan Bayi Anda
- Bermain dengan mainan yang pelbagai bentuk, tekstur, warna, bunyi dan berat adalah cara yang baik untuk membantu merangsang deria bayi anda. Anda juga boleh menyanyi lirik dodoi-dodoi yang digemari dan bermain permainan bersama-sama, seperti ba cak dan mainan tepuk tangan pat-a-cake.
Membaca Kepada Bayi Anda
- Membaca secara kuat merupakan salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk membantu membina himpunan perkataan anak anda, dan meningkatkan imaginasi dan kemahiran bahasanya. Dengan menunjukkan kepada bayi anda buku-buku yang menyeronokkan, anda juga akan menggalakkan apa yang diharapkan akan menjadi satu tabiat seumur hidup. Masa membaca juga memberi kesempatan bagi anda untuk memeluknya dan meluangkan masa bersama.
Galakkan Bayi Anda Meneroka
- Untuk membina otot-otot yang kuat, imbangan dan koordinasi yang baik, bayi anda memerlukan ruang untuk merangkak, menjelajah dan akhirnya berjalan. Buatkan rumah anda selamat untuk bayi supaya dia bebas untuk meneroka!
InsyaAllah semua keperluan ini dapat membantu anak anda berkembang maju. Jadi, ibu bapa khususnya perlulah memainkan peranannya dengan memberikan sepenuh perhatian anda kepada anak-anak. Bagi yang bekerjaya, simpankan sedikit masa anda untuk anak-anak dirumah supaya kelak mereka dapat berkembang maju dengan baik sekali.
Sumber : babycenter