5 KESALAHAN PENGGUNA BARU SAAT MEMAKAI EYELINER
Eyeliner membuat mata lebih fresh dan hidup, sehingga sepanjang hari anda nampak berseri.
Bagi anda yang belum pernah memakai eyeliner dan sedang belajar memakainya, kenali terlebih dahulu jenis-jenis eyeliner yang akan dipakai. Ada beberapa jenis eyeliner yang ditawarkan, eyeliner pensil, eyeliner cair, eyeliner powder, eyeliner gel. Berbeza bahan, berbeza juga cara pakainya, namun hasilnya tetap sama, untuk membuatkan mata agar terlihat lebih cantik.
Sebagai pengguna baru atau newbie yang ingin mencuba untuk memakai eyeliner, di bawah ini admin akan kongsikan antara 5 kesalahan newbie saat memakai eyeliner yang boleh anda elakkan.
Pemilihan warna eyeliner
Pada masa kini, terdapat pelbagai warna eyeliner yang ditawarkan. Tidak hanya hitam, namun ada juga warna coklat, hijau, biru bahkan merah atau pink. Mana yang sesuai dipakai untuk harian?
Disarankan memilih eyeliner berwarna neutral seperti coklat atau hitam saja untuk pemakaian harian.
Jenis eyeliner
Untuk pemula, disarankan memakai eyeliner pensil yang lebih mudah dipakai. Kemudian anda boleh mencuba eyeliner gel atau eyeliner cair untuk lebih menampakkan lagi eyeliner anda. Nak senang carilah eyeliner yang mudah digunakan seperti Miracle Eyeliner keluaran Nurraysa kerana bentuk hujungnya yang tirus sangat memudahkan si pemakai lebih-lebih lagi anda yang newbie.
Ketebalan eyeliner
Pemakaian eyeliner tidak perlu terlalu tebal, namun juga jangan terlalu nipis kerana ia akan kelihatan pelik di mata anda. Apabila mata anda sepet, maka tebalkan di bahagian tengah sehingga ada kesan mata lebih bulat.
Tangan seringkali menggeletar
Bukan hanya anda yang pernah mengalaminya, saya juga. Apabila tangan anda mudah menggeletar saat memakai eyeliner, disarankan untuk duduk dengan topangan siku di meja agar pemakaian garis eyeliner di mata lebih rapi.
Garis mata atas atau bawah?
Memakai eyeliner di garis mata atas dan bawah jelas berbeza. Di bahagian atas, anda bebas menggunakan jenis eyeliner apa saja. Namun, di bahagian bawah sangat disarankan untuk hanya menggunakan eyeliner jenis pensil.
Sedikit pesanan untuk anda yang newbie, apa pun yang penting sebelum apply eyeliner make sure kenalpasti bentuk mata suapaya mudah untuk anda gariskan eyeliner mengikut kesesuaian tersebut.
Sumber: www.vemale.com