5 PETUA HILANGKAN KULIT KUSAM PADA WAJAH


Pernah tak uolls rasa hari2 tak semangat sebab pagi2 tengok muka dalam cermin macam mayat ?

Haa jangan angguk saje kat situ, follow je step2 kat bawah ni inshaAllah muka macam Dato’ Sri Siti Nurhaliza hari2..

 

#1 PISANG

Campurkan pisang yang telah dilenyek hancur bersama madu kemudian sapukan campuran bersama madu tadi pada wajah uolls.. Lepastu, uolls biarkan selama 15 minit. Jangan sampai semalaman pula tau! Lepastu, uolls bilas dengan air bersih ya

 

    #2 Susu

Dengan mengamalkan mencuci dengan menggunakan susu atau masker yang mempunyai kandungi susu dengan penggunaan yang kerap sebenarnya dapat menghilangkan kulit kusam dalam masa yang singkat! So, rajin rajin lahh mencuci wajah dengan susu eaaa.. Barulah nampak GLOWING gituuuuuu

 

  #3 Madu

Madu pun uolls boleh buat masker juga dengan campurkan susu! Ambil dalam satu senduk madu dan satu senduk susu dan ratakan sampai sebati. Kemudian, uolls sapukan dengan menggunakan kuantiti yang memandai ke seluruh wajah ye.

Bila rasa macam dah 15 minit dan kulit pun dah rasa macam tegang gitu dah boleh bilas.. senang ke senang sangat? Hehe.. semuanya boleh buat di rumah sahaja tanpa perlu ke spa

 

   #4 Lemon

Ingat lemon ni guna untuk detoks je ke? Heee, sambil sambil nak kurus tuu boleh jaga kulit wajah sekali.. Barulah cantik menarik tertarik kau memang debom! Hehe.. so, uolls perahkan lemon dalam bekas lepastu celup kapas kedalam perahan lemon tadi. Selepas tu, uolls sapu je kat kulit wajah uolls sebelum tidur ya dan jangan sampai tertidur pulak.. mereyam kulit uolls nanti

 

#5 Yogurt

Sambil sambil makan yogurt tu, uolls boleh guna untuk hilangkan kulit kusam tu! Senang je, uolls ambil yogurt yang asli tau jangan yang ada mixed strawberi lah anggur.. pastikan yang asli ya! Lepastu uolls campur dengan madu lebihan yang uolls buat masker dengan susu tadi.. Kemudian boleh laa sapu pada kulit wajah uolls selama 15 minit.. Setelah selesai bilas dengan air bersih ya.

 

Haa acane? Rasa rasa muda 5 tahun ke idok tu lepas baca post ni? Haa janganlah baca aje! Cer parking post ni dekat wall korang tuu..selalu share resipi je kan? Cer share or save sekali tips nie.. senang sikit nak refer nanti time nak buat..hihi 🙂