5 Petua Merawat Senggugut

PMS (premenstrual syndrome) atau lebih dikenali sebagai senggugut merupakan satu simptom yang dialami oleh wanita-wanita yang “ datang bulan ”. Kebiasaannya simptom yang dialami ini berlanjutan sekitar 2-3 hari sebelum haid atau semasa haid.

Terdapat pelbagai petua yang dikongsikan oleh orang ramai untuk merawat senggugut. Jadi, hari ini kami kongsikan antara 5 Petua Merawat Senggugut yang mudah untuk anda amalkan.

PETUA 1
• Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

PETUA 2
• Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran anda. Untuk usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.

PETUA 3
• Bagi wanita yang sering mengalami senggugut, boleh amalkan petua ini. Rebus air asam jawa bersama gula merah sehingga mendidih. Apabila air telah suam, minum air tersebut. Jika diamalkan selalu, insyaAllah senggugut akan hilang.

PETUA 4
• Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung dikhabarkan juga baik untuk mengurangkan kesakitan sengugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola tersebut. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.

PETUA 5
• Tuaman panas. Melalui tuaman panas juga dapat mengurangkan kesakitan semasa senggugut di mana otot-otot yang sedang berkonstraksi akan menjadi lebih relaks. Untuk memudahkan anda, anda boleh buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.

Namun, jika kesakitan senggugut berlaku secara serius sebaiknya anda rujuk kepada doctor untuk mendapatkan rawatan dan kepastian sebenar punca kesakitan yang anda alami. Hal ini kerana adanya penyakit lain yang biasa dikaitkan dengan senggugut teruk iaitu endometriosis dan fibroid.

Sumber: Aynorablog