5 TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUANTAN
YANG BOLEH ANDA KUNJUNG
Hai ! jumpa lagi kita dalam entry kali ini. Untuk artikel kali ini, admin akan senaraikan antara 5 tempat makan yang menarik di Kuantan yang boleh anda kunjungi. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik, tapi kali ini admin share kan pada anda 5 tempat makan terlebih dahulu.
Semua tempat makan ni memang jadi favorite admin tau 😉 Tempat santai, makan pun sedap. Kalau tempat makan tak crowded tapi makanan sedap tu memang satu bonus la sebabnya kita tak perlu nak tunggu turn order lama sangat.
#1 JAMAN TORY RESEPI
Okay opening untuk entry hari ni adalah tempat makan JAMAN TORY RESEPI. Jaman Tory Resepi ni terletak di Bandar Indera Mahkota 2, Kuantan. Yang mana tak tahu boleh la google atau waze je. Tempatnya memang best. Bagi penggemar-penggemar masakan Melayu memang anda wajib cuba kalau datang ke Kuantan sebabnya antara menu paling famous adalah Ikan Patin Tempoyak dan Daging Salai Masak Lemak Cili Api.
Yang bestnya lagi dekat kedai ni ada dihidangkan menu pilihan yang jenis set. So, senang nak buat pilihan. Haritu masa admin makan dekat sini, admin try set nasi yang ada daging salai dan Patin Tempoyak. Perghhh, sedap betul sebab setnya dihidangkan bersama ulam-ulaman, sambal tempoyak dan juga ikan pekasam goreng. Memang ngam semuanya. Siapa yang memang jenis favorite masakan macam ni memang satu set tu tak cukup la kot 😛
Overall memang puas hati la makan dekat sini. Rugi sangat kalau tak cuba. Harga pun sangat berbaloi.
Details Jaman Tory Resepi:
Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Opearsi: Setiap hari kecuali Selasa, 12PM–1:30AM
Phone: +60 19-998 8212
#2 RESTORAN SAJIAN D’AWAN
Seterusnya, Restoran Sajian D’Awan. Nampak menarik sebabnya menu utama di restoran ni adalah berasaskan ketam. Kalau selalu nak makan ketam masak sendiri tapi kali ni admin try makan di restoran ni. Maklumlah pernah masuk Majalah 3, so terasa la nak try. Memang sedap. Di restoran ni anda boleh pilih ketam sendiri dan bagitau je nak masak apa. Macam admin haritu, admin order Maggie Ketam. Sedap sangat.
Nah! admin belanja gambar
Tengok pun dah nampak sedap, apa entah lagi bila anda sendiri yang rasa kan? Jadi, apa tunggu lagi? Kalau ada datang area Kuantan boleh la singgah Restoran Sajin D’Awan ni.
Details Restoran Sajian D’Awan:
Jalan Pandan Damai 3, Taman Pandan Damai, 25150 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari, 7AM–1AM
Phone: +60 13-939 0062
#3 NASI KUKUS MY MAMA
Nasi Kukus My Mama ni pun salah satu tempat favorite admin. Harganya pun murah & marvellous. Nasi kukusnya yang panas, tambah pulak dengan ayam goreng berempah yang crispy, dihidangkan panas-panas memang sedap la nak makan. Sebenarnya ada lagi set yang lain, tapi set ayam berempah ni antara yang famous. Ayam nya besar tau. Comfirm kenyang !
Haa.. lagi satu admin nak bagitau, setakat ni Nasi Kukus My Mama ni ada di Kuantan sahaja. Sebab tu anda yang datang ke Kuantan wajib cuba sebab dekat tempat lain tak ada. Antara cawangannya di Kuantan :
- Gambang, Kuantan
- Pekan, Kuantan
- Air Putih, Kuantan
- Taman Tas, Kuantan
- Bukit Sekilau, Kuantan
- Indera Mahkota, Kuantan
- Jaya Gading, Kuantan
Details Nasi Kukus My Mama:
A39 & A41, Jalan Bandar Gambang 1, Pusat Komersial Bandar Gambang 1, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari· 10AM–11PM
Phone: +60 9-549 9969
#4 BREW & CABIN CAFÉ
Brew & Cabin Café ni pula menyediakan lebih kepada makanan jenis western & coffee. Siapa jenis penggemar coffee boleh la singgah di café ni. Comfirm puas hati. Harga pun berbaloi. Oh bukan coffee je ada tau, kalau nak try makanan western pun ada. Tempatnya sangat santai dan rileks. Tak crowded pun. Kalau anda nak take away pun boleh drive thru je order.
Kalau balik kerja tu jalan jem ke stuck dengan traffic light ke boleh la drop kejap singgah lepak café ni. Tenang best sangat suasananya. Bawah ni antara menu lain yang admin pernah order. Sedappp !
Details Brew & Cabin Café:
Jalan Tanah Putih, 25100 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi: Setiap hari, 2.00–11:30PM
#5 KULA CAKES
One of the must thing to eat bila korang sampai Kuantan mestilah kene try dessert dekat Kula Cakes ni. Signature dish di Kula Cakes adalah Manggo Cheese Cake nya. Sedap sangat. Sekali cuba mesti rasa nak repeat.
Kula Cakes ni terletak di tengah-tengah bandar Kuantan. Bab parking kalau tak waktu puncak memang senang dapat. Kalau tak, memang kena bersabar la untuk cari parkingnya. Hehe. Antara salah satu tempat ni dapat menarik ramai orang untuk datang selain cake nya adalah tempat makannya yang outdoor yang dihias sangat unik. Ada mural, ada juga basikal lama. Kalau nak bergambar dekat sini memang cun gambar korang tu. So, kalau ada datang Kauntan, korang wajib singgah dan cuba tau ! Puas hati sangat.
Details Kula Cakes :
A96, Jalan Besar, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia
Waktu Operasi : Isnin – Tutup
: Selasa hingga Khamis – 1-9pm
: Jumaat & Sabtu – 1-10pm
: Ahad – 11am-7pm
Phone: +60 17-971 1396
Okay, tu je setakat ni yang admin dapat share kan dengan korang antara 5 Tempat Makan Menarik di Kuantan yang Boleh Anda Kunjung. Semoga dapat membantu korang yang sedang mencari tempat makan best di Kuantan ! Kalau ada yang nak share tempat makan best yang lain boleh lah bagitau di ruangan komen di bawah ni 😉