5 Tips Menghias Ruang Kerja Di Rumah

5 TIPS MENGHIAS RUANG KERJA DI RUMAH

Bagi mereka yang bekerjaya mesti inginkan satu ruang kerja yang selesa di rumah lebih-lebih lagi mereka yang menceburi bidang perniagaan sendiri. Selain aktiviti kerja di pejabat, di rumah juga merupakan satu tempat atau ruang yang diperlukan oleh mereka yang ingin menyambung kerjanya  dengan lebih santai.

Namun, dalam menginginkan ruang kerja yang selesa dan santai, seseorang itu perlulah teliti dalam pemilihan dekorasinya. Ini kerana jika tidak, ruang tersebut akan nampak lebih serabut dan ditambah dengan kerja yang ada lagi mengganggu keseluruhan fokus semasa membuat kerja.

Jadi, hari ini admin share kan pada anda di luar sana antara 5 Tips Menghias Ruang Kerja di Rumah.

 

TIPS 1 : PEMILIHAN MEJA DAN KERUSI YANG BERSESUAIAN DENGAN KERJA

  • Pemilihan kerusi dan meja ini sangat penting untuk ruang kerja anda. Pastikan pemilihan meja adalah bersesuaian dengan ruang yang ada. Tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu kecil. Padankan pemilihan saiz meja yang anda ingin gunakan dengan aktiviti kerja yang anda ingin lakukan. Begitu juga dengan pemilihan kerusi. Pilihlah design kerusi yang selesa untuk anda duduk sepanjang melakukan kerja. Jangan terlalu save budget, beli yang murah tetapi tidak selesa. Untuk nampak lebih teratur pemilihan meja dan kerusi boleh dibuat berpadanan dengan hiasan ruang kerja anda.

 

TIPS 2: PENCAHAYAAN DI RUANG KERJA

  • Meja di sebelah tingkap adalah kedudukan meja yang terbaik kerana pada kedudukan itu ruang kerja anda akan dapat lebih banyak cahaya semula jadi. Tambah lampu meja untuk tumpukan cahaya di tempat yang anda perlukan semasa bekerja. Selain itu, bagi sesetengah individu, melihat pemandangan di luar dengan meninjau melalui tingkap sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi terhadap kerja anda.

 

 

TIPS 3: PEMILIHAN WARNA YANG LEMBUT DAN SEMULA JADI

  • Pemilihan warna untuk ruang kerja sangat penting kerana setiap warna akan mempengaruhi emosi kita. Jadi, untuk menghias ruang kerja, Margo iaitu pereka industry sendiri mencadangkan pilih untuk menghias ruang kerja dengan warna-warna semula jadi dan hiasan yang berbentuk tumbuhan untuk hasilkan persekitaran kerja yang damai dan bilik yang relaks. Tekstur semula jadi dan warna lembut akan memudahkan lagi anda untuk fokus pada siang hari dan jadikannya bilik yang indah untuk lepaskan lelah penat bekerja.

 

 

TIPS 4: PENYUSUNAN BARANG DENGAN RAPI

  • Barang-barang yang anda perlukan semasa kerja pelulah disusun di satu tempat supaya tidak nampak bersepah. Letakkan barang-barang yang anda selalu guna dan saling berkait di satu tempat yang sama supaya ia dapat memudahkan anda untuk mencari apabila ingin menggunakannya. Anda juga boleh gunakan barangan terpakai dan hiaskannya untuk dijadikan tempat letak barangan anda. Mudah dan jimat.

 

TIPS 5: HIASAN DI RUANG KERJA

  • Jika anda ingin menghias ruang kerja anda, pastikan hias dengan barangan yang sesuai. Sebagai contoh, jika anda ingin menggantungkan frame, jangan lah memilih gambar yang boleh nampak tidak terarah dan serabut. Ia akan merosakkan suasana ruang kerja anda.

 

 

Semoga tips kali ini dapat memberikan inspirasi kepada anda diluar sana untuk menghias ruang kerja di rumah. Goodluck !

 

 

Sumber: IKEA