5 Tips Mudah Buatkan Dapur Kecil Anda Nampak Lebih Luas

5 TIPS MUDAH BUATKAN DAPUR KECIL ANDA NAMPAK LEBIH LUAS

 

“ Dapur rumah saya kecil sangat. Nak buat kerja dekat dapur pun tak semangat je rasanya. Lebih-lebih lagi bila ramai-ramai kat dapur nak buat kerja. Tak selesa. Hmm.. terasa jugak nak deko dapur ni bagi nampak luas “

 

Ya, betul tak semua orang mempunyai ruang dapur yang luas. Lebih-lebih lagi yang tinggal di perumahan jenis flat. Sangat terhad ruang dapurnya. Tapi jangan risau ! kami akan membantu anda dengan tips mudah ini.

Mungkin tips ni sangat berguna kepada suri rumah atau yang suka duduk didapur untuk membuatkan dapur mereka nampak lebih luas. Tak hairanlah, kalau jadi  suri rumah bila sebut pasal deko je mesti excited nak buat macam-macam. Yelah, dapur ni memang tempat mak-mak kan.

So, untuk memudahkan lagi semua suri rumah ni deko dapur mereka, jom follow tips mudah untuk membuatkan dapur kecil mereka nampak lebih luas.

 

TIPS 1: Gunakan Warna Putih

Untuk menampakkan dapur anda  yang kecil kelihatan lebih luas, sebaiknya menggunakan warna putih sebagai warna utama ruang dapur terutamanya pada dinding dan juga kabinet. Tidak digalakkan untuk menggunakan warna yang gelap kerana itu hanya akan membuatkan ruang dapur anda nampak lebih sempit.

Jika anda ingin memasukkan warna lain sebagai gabungan, pastikan pemilihan warnanya adalah baik dan jangan terlalu banyak warna kerana ia akan membuatkan dapur anda nampak lebih serabut.

 

TIPS 2: Gunakan Rak Simpanan Jenis Terbuka

Ya ! Kalau sebelum ni jenis rak simpanan barang dapur anda seperti garam, gula, kunyit atau pun pinggan mangkuk anda di simpan dalam rak/ almari yang jenis bertutup, cuba anda tukar dengan rak simpanan yang jenis terbuka. Jadi, ruang anda itu nanti akan nampak lebih luas dan tidak padat jika dibandingkan dengan sebelum ini semasa menggunakan rak bertutup.

 

TIPS 3: Pintu / Tingkap Kaca

Anda juga boleh menukarkan pintu atau tingkap kayu yang anda gunakan sekarang kepada pintu atau tingkap yang jenis berkaca. Keadaan ini membantu anda dalam membuatkan dapur yang kecil nampak lebih luas kerana adanya pencahayaan dari luar masuk ke ruang dapur.

Ini juga akan membuatkan mood anda untuk berada di dapur lebih segar dan bersemangat. Pemandangannya dari ruang dapur ke luar rumah juga membolehkan anda memasak dengan rasa seronok.

 

TIPS 4: Simpan Barang Yang Tidak Digunakan

Untuk barang-barang yang anda jarang gunakan, simpankan kesemuanya di satu tempat atau pun di ruang khas tempat simpan barang.  Jangan diletakkan di atas meja dapur begitu sahaja kerana ianya akan menampakkan ketidak kemasan dapur anda. Jika ingin gunakan barang tersebut, anda boleh keluarkannya semula. Simple !

 

 TIPS 5: Maksimum Ruang Pada Dinding

Ruang dinding dapur yang kosong perlulah digunakan sebaiknya. Jangan terlalu letak banyak barang atau hiasan sehingga membolehkan dapur anda nampak lebih crowded dengan barang-barang tersebut. Letakkan barang keperluan harian yang penting sahaja sudah cukup menampakkan keadaan dapur anda lebih luas dan tidak sempit.

Dah ada idea macam mana nak deko ruang dapur anda yang kecil supaya nampak lebih luas? Follow sahaja tipas mudah ini. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat untuk semua !

 

 

Sumber: TheVocket