6 CARA MUDAH ELAKKAN SUNBURN
Sunburn merupakan satu masalah kulit yang ‘terbakar’ yang berlaku akibat daripada terdedahnya kepada pancaran UV yang berlebihan. Kebiasaannya berlaku apabila kita berada di pantai, pulau atau pun menjalankan aktiviti luar yang sememangnya terdedah dengan cahaya matahari. Jadi, keadaan ini memberikan kesan yang tidak bagus untuk kulit dan membakar kulit. Keadaan yang terlampau ini boleh menyebabkan keradangan atau inflamasi kulit. Kulit yang kerap terdedah ini bukan sahaja akan menggelapkan kulit bahkan menimbulkan masalah lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit nampak lebih tua.
Di bawah ini amdin kongsikan antara 6 cara mudah untuk mengelakkan sunburn walaupun terdedah dengan pancaran UV;
1. Menggunakan krim atau losyen yang mempunyai formula penghadang matahari sekurang-kurangnya UV25-50 untuk perlindungan yang maksimum.
2. Jika sering memandu ketika waktu panas, gunakan sarung tangan sebagai pelindung. Tangan juga perlu dilindungi kerana kulit tangan yang terdedah kepada cahaya panas akan nampak lebih berkedut dan pigmentasi akan muncul.
3. Penggunaan pakaian dari kain woven adalah yang terbaik untuk menyerap peluh. Pakaian pula hendaklah longgar dan elakkkan pakaian bewarna gelap.
4. Jika terlalu panas contohnya berjalan-jalan di tepi pantai, pakailah topi atau payung.
5. Amalkan penggunaan cermin mata yang boleh menyaring cahaya UV untuk mencegah katarak.
6. Ambil suplemen antioksidan bagi melindungi kulit. Sinaran UV ini adalah satu bentuk radikal bebas yang mampu merosakkan kulit .
Nak lagi best anda boleh cuba UV CREAM Nurraysa yang mengandungi SPF 50 di mana ia membantu untuk mengelakkan kulit anda menjadi sunburn, InsyaAllah. Jika berminat boleh hubungi kami di talian HOTLINE – 013 666 5554 untuk pertanyaan lebih lanjut.
Sumber: rapi.karangkraf