7 Cara Berkesan Melembutkan Tumit Kaki Pecah, Gatal Dan Merekah

7 CARA BERKESAN MELEMBUTKAN TUMIT KAKI

PECAH, GATAL DAN MEREKAH

 

 

Siapa ada masalah seperti di atas? Tumit kaki dah nak mula merekah, pecah-pecah dan ada masa ia terasa gatal-gatal. Sangat tak selesa nak pergi mana-mana sebab nya masalah tersebut sering menghantui diri. Nak pakai seliper pun malu, yelah sebab tumit kaki dah merekah.

 

Tahukah anda, masalah ini berpunca daripada kekurangan lembapan pada bahagian tumit kaki. Menurut pakar, ada banyak sebab yang boleh menjadi punca tumit kaki merekah dan kering. Antaranya termasuklah:

  • kurang minum air
  • kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
  • merendam kaki dalam air panas terlalu kerap
  • penggunaan sabun yang tidak sesuai
  • masalah kencing manis / diabetes
  • obesiti
  • amalan pemakanan tidak sihat

 

So, dekat bawah ni admin kongsikan untuk anda 7 Cara Melembutkan Tumit Kaki Pecah, Gatal & Merekah

 

 

1. LOSYEN / PELEMBAP

Antara cara paling berkesan yang boleh anda lakukan dengan mudah di rumah adalah menyapukan losyen atau pelembap.

Sebaiknya, pilih losyen yang bersumber dariapda bahan organik, tidak terlalu wangi / kuat bahan kimianya. Selain losyen, boleh juga menggunakan pelembap seperti Vaseline

 

 

2. MINYAK

Selain losyen dan pelembap, anda boleh menggunakan minyak yang sesuai seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau minyak almond.

Penggunaan minyak ini akan meresap jauh ke dalam kulit dan sekaligus membantu meningkatkan kelembaban serta merawat rekahan.

 

 

3. LEMON & GARAM

Lemon adalah salah satu bahan yang sangat popular sebagai home remedy. Selain memiliki khasiat yang pelbagai, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Garam pula boleh mencegah jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.

Caranya, rendam kaki anda di dalam air suam yang di campur dengan perahan lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam dengan baking soda. Wangi pun wangi!

 

 

4. BELIMBING BULUH

Belimbing buluh adalah antara bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk, jerawat, kegatalan, dan bengkak. Kandungan vitaminnya dipercayai boleh membantu merawat kulit kaki yang kering dan merekah.

Caranya, ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.

Amalkan rutin ini setiap minggu untuk mendapatkan tumit yang lebih halus dan licin.

 

 

5. TEPUNG BERAS & MADU

Madu memiliki banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagai pelembab pada tumit kaki. Sementara itu, tekstur kasar daripada tepung beras pula membantu menghapus rekahan dan kulit kering.

Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes dan scrubkan pada tumit anda dengan kerap. Boleh juga dijadikan air rendaman.

 

 

6. ASAM KEPING / ASAM JAWA

Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.

Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.

 

 

7. BAWANG MERAH / BAWANG PUTIH

Bawang putih dan bawang merah mengandungi komponen antibakteria yang juga boleh membantu memperbaiki sel kulit.

Potong bawang merah / bawang putih yang kepada 2 bahagian. Sapukan tumit kaki anda yang pecah sehingga jusnya kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuas hati dengan hasilnya.

 

 

Sumber: SirapLimau