7 CARA BERKESAN MELEMBUTKAN TUMIT KAKI
PECAH, GATAL DAN MEREKAH
Siapa ada masalah seperti di atas? Tumit kaki dah nak mula merekah, pecah-pecah dan ada masa ia terasa gatal-gatal. Sangat tak selesa nak pergi mana-mana sebab nya masalah tersebut sering menghantui diri. Nak pakai seliper pun malu, yelah sebab tumit kaki dah merekah.
Tahukah anda,ย masalah ini berpunca daripada kekurangan lembapan pada bahagian tumit kaki. Menurutย pakar, ada banyak sebab yang boleh menjadi punca tumit kaki merekah dan kering. Antaranya termasuklah:
- kurang minum air
- kaki sering terdedah kepada suhu sejuk seperti bilik berhawa dingin
- merendam kaki dalam air panas terlalu kerap
- penggunaan sabun yang tidak sesuai
- masalah kencing manis / diabetes
- obesiti
- amalan pemakanan tidak sihat
So, dekat bawah ni admin kongsikan untuk anda 7 Cara Melembutkan Tumit Kaki Pecah, Gatal & Merekah
1. LOSYEN / PELEMBAP
Antara cara paling berkesan yang boleh anda lakukan dengan mudah di rumah adalah menyapukan losyen atau pelembap.
Sebaiknya, pilih losyen yang bersumber dariapda bahan organik, tidak terlalu wangi / kuat bahan kimianya. Selain losyen, boleh juga menggunakan pelembap sepertiย Vaseline
2. MINYAK
Selain losyen dan pelembap, anda boleh menggunakan minyak yang sesuai sepertiย minyak zaitun, minyak kelapa atau minyakย almond.
Penggunaan minyak ini akan meresap jauh ke dalam kulit dan sekaligus membantu meningkatkan kelembaban sertaย merawat rekahan.
3. LEMON & GARAM
Lemon adalah salah satu bahan yang sangat popular sebagaiย home remedy.ย Selain memiliki khasiat yang pelbagai, ia mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati pada kulit. Garam pula bolehย mencegahย jangkitan pada luka atau kulit kaki yang merekah.
Caranya, rendam kaki anda di dalam air suamย yang di campur dengan perahanย lemon dan garam. Boleh juga gantikan garam denganย baking soda.ย Wangi pun wangi!
4. BELIMBING BULUH
Belimbing buluh adalah antara bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk, jerawat, kegatalan, dan bengkak. Kandungan vitaminnya dipercayai boleh membantu merawat kulit kaki yang kering dan merekah.
Caranya, ambil beberapa biji buah belimbing buluh dan lenyek kasar. Kemudian, gosokkan pada tumit anda perlahan-lahan selama beberapa minit.
Amalkan rutin iniย setiap minggu untuk mendapatkan tumit yang lebih halus dan licin.
5. TEPUNG BERAS & MADU
Maduย memiliki banyak kebaikan dan boleh berfungsi sebagaiย pelembab pada tumit kaki. Sementara itu, tekstur kasar daripada tepung beras pula membantu menghapus rekahan dan kulit kering.
Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menjadi pes danย scrubkan pada tumit anda dengan kerap. Boleh juga dijadikan air rendaman.
6. ASAM KEPING / ASAM JAWA
Masukkan beberapa keping asam keping ke dalam besen mandian yang berisi air suam. Rendamkan tumit kaki pecah tersebut selama beberapa minit.
Boleh juga melumurkan kaki dengan asam jawa dan rendamkan kaki dalam air suam untuk membilasnya.
7. BAWANG MERAH / BAWANG PUTIH
Bawang putih dan bawang merahย mengandungi komponenย antibakteriaย yang juga boleh membantu memperbaiki selย kulit.
Potong bawang merah / bawang putih yang kepada 2 bahagian. Sapukan tumit kaki anda yang pecahย sehingga jusnya kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh dan anda berpuas hati dengan hasilnya.
Sumber: SirapLimau