Tip Untuk Wajah Tampil Lebih Berseri & Cantik Menjelang Hari Raya Ini

Tentu anda semua sudah tidak sabar menyambut Syawal yang bakal tiba. Kemeriahan dan keterujaan dalam diri itu mula terasa sebenarnya saat hari pertama lagi berpuasa. Betul tak? Dan dalam kesibukan membeli baju, kasut serta beg tangan yang baru, jangan dilupakan tentang kecantikan wajah anda. Ia juga harus diberi perhatian. Tak seronok tau jika semuanya sudah dihias serba-baru namun wajah pula tidak ada serinya. Bagi admin, busana yang cantik haruslah dipadan dengan gaya solekan yang cantik. Buat yang masih tidak tahu apa yang perlu dipersiapkan sebelum tibanya Syawal, jom baca admin kongsikan 7 tip untuk diri dan wajah tampil lebih berseri dan cantik menjelang Hari Raya yang bakal kunjung tidak lama lagi.

  1. Muka tidak berseri, berminyak dan banyak white heads serta black heads di wajah? Solusinya pergi ke spa. Lakukan rawatan facial untuk kembalikan seri wajah itu. Mungkin sebelum ini, terlalu sibuk dengan kerja (apatah lagi yang sentiasa mendedahkan diri pada sinaran matahari), sudah tiba masanya untuk anda lakukan sesuatu. Saranan admin, lakukan rawatan facial ini seminggu sebelum agar kulit kembali pulih sepenuhnya.
  2. Berjumpa doktor gigi untuk kembalikan senyuman manis anda. Pastikan gigi anda bersih dan bebas bakteria, pastinya hari Raya nanti, anda akan sibuk bergosip dan bercerita panjang bersama teman-teman kan? Jangan sampai nafas berbau, malu!
  3.  All set! Kening dan kuku! Beri diri sedikit rasa manja, pastikan kening sudah siap dikemas rapi sekurang-kurangnya tiga atau empat hari sebelum. Barulah orang akan cakap solekan kita tu on-point!
  4. Dah fikir gaya solekan apa yang mahu digayakan pada hari Raya pertama nanti? Admin pasti, sudah ada di antara anda yang lagi sibuk kumpul gambar-gambar inspirasi di Instagram, Pinterest dan bermacam lagi. Inilah masanya untuk anda kemas kini meja solek, apa yang boleh anda guna untuk cipta look yang diinginkan. Mungkin juga anda perlu shopping. Namun janganlah membazir. Waktu-waktu ini mungkin anda sudah boleh mula practice untuk mencapai gaya solekan yang anda inginkan. Admin sarankan pilih warna rosegold untuk tampil elegan di pagi Raya nanti.
  5. Ingat, sepanjang bulan puasa ini, pastinya badan lemah tak bermaya kerana diri terasa lapar. Walaupun kamu mungkin rasa sebegini, jangan sekali abaikan rutin penjagaan wajah anda pagi dan malam. Paling penting, pakai pelindung sinar setiap kali keluar rumah. Bagi yang berhijab, anda tentunya tidak mahu wajah kusam bukan? Jadi, kata kuncinya ialah pelindung sinar. Jangan sekali-kali anda abaikan!
  6. Satu lagi tip admin adalah pakai mask pada wajah. Pakai mask setiap malam menjelangnya hari Raya ini.  Pilih mask jenis sleeping mask kerana ia memudahkan dan tidak perlu mencuci. Percayalah nescaya kulit anda akan tampil lebih sihat, berseri dan lebih lembut.
  7. Walaupun berpuasa, amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan perbanyakkan pengambilan air masak. Seeloknya ambil sebanyak 2 liter sehari kerana ia sebenarnya dapat membantu menyahkan toksin dalam badan dan ia akan membuatkan kulit lebih sihat. Salah satunya ia membantu  membuat kulit kekal terhidrat. Bukan setakat kulit wajah, malah juga tubuh badan terasa lebih ringan dan selesa. Bayangkan hari Raya pertama anda nanti bagaimana? Ya lah, penat itu akan terasa serta-merta kerana anda sibuk melayan tetamu yang bertandang bukan.

Jadi apa tunggu lagi? Amalkan tip ini dan lihat bagaimana ia memberi kesan kepada kulit serta tubuh badan anda pada hari Raya pertama nanti. Jom cuba sekarang