7 Manfaat Masker Kunyit Untuk Kulit Wajah

7 MANFAAT MASKER KUNYIT UNTUK KULIT WAJAH

 

Kunyit sangat terkenal dengan pelbagai khasiat, bukan sahaja untuk merawat masalah dalaman tetapi berfungsi mencantikkan kulit wajah.

Wanita dari kaum India telah mengamalkan masker kunyit sejak berzaman lagi kerana mereka yakin bahawa kunyit mampu merawat kulit wajah daripada masalah jerawat dan sebagainya.

 

Antara manfaat masker kunyit adalah:

 

Jerawat

jerawat merupakan masalah kulit yang paling umum dan hamper peringkat umur mengalami masalah jerawat. Kalau orang perempuan ada jerawat kat muka, tak tidur malam lah jawabnya sebab kalau boleh diorang akan berusaha supaya jerawat yang timbul tu cepat surut.

Penggunaan masker kunyit pada kulit wajah mampu mengurangkan sebum, membersihkan kulit daripada bakteria yang hadir daripada jerawat tadi dan membuatkan kulit bebas daripada bakteria merebak ke kawasan wajah yang lain.

Caranya: campurkan serbuk kunyit, serbuk cendana (sandalwood powder) dan sedikit jus lemon. Sapu pada wajah dan biarkan dalam 10 minit, selepas itu bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari supaya jerawat tak berani dah nak singgah kat wajah anda

 

 

Jeragat

Jeragat atau pigmentasi terjadi apabila kulit kita bebas daripada cahaya matahari dan suhu yang panas menyebabkan kulit kita mengeluarkan melanin dan terjadinya jeragat.

Fungsi masker kunyit adalah mengurangkan jeragat pada wajah supaya jeragat itu tidak lihat terlalu ketara. Kalau sis ada jeragat rasa macam tua sangat. Oh no!

Caranya: campurkan 2 sudu besar serbuk kunyit, air lemon atau air jus timun. Sapu pada kawasan kulit yang berjeragat dan biarkan selama 30 minit atau sehingga kering. Selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari untuk hasil yang ketara.

 

 

Stretch Mark

Stretch mark bukan sahaja terjadi pada ibu-ibu yang bersalin, malah ia boleh terjadi kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan. Stretch mark akan berlaku bila kulit kita terpaksa mengembang dan bila dah kurus  semula ia akan meninggalkan stretch mark terutamanya di kawasan peha, perut dan inner tigh.

Caranya: campur serbuk kunyit, tepung gram/besan (gram flour) dan yougurt atau susu. Sapukan masker kunyit tersebut pada bahagian stretch mark tadi dan biarkan kering. Amalkan dengan kerap supaya stretch mark semakin pudar.

Tak cantik mata ni memandang bila bahagian tubuh kita ada stretch mark. Malu!

 

Cerahkan Kulit

Haa..jangan tak tahu kunyit ni walaupun ia warna kuning tetapi ia boleh mencerahkan kulit dan buat kulit lebih mulus. Tak perlu beli skincare mahal-mahal untuk cantik, kunyit pun boleh tau!

Caranya campurkan serbuk kunyit dengan susu dan sapu pada wajah 20 minit sehingga kering. Selepas kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari untuk dapatkan hasil yang memuaskan.

 

 

Anti Penuaan

Kunyit mengandungi anti oksida dan anti radang yang membuatkan kulit nampak lebih glowing secara semulajadi

Caranya: campurkan serbuk kunyit, besan (gram flour) dan tambah sedikit air. Anda boleh jadikan ia pes seperti susu atau yougurt. Sapu pada wajah dan biarkan sehingga kering, setelah kering bilas dengan air suam.

 

 

Anti Kedutan

Wrinkles atau kedutan pada wajah menjadi satu mimpi ngeri bagi seorang wanita kerana kedutan boleh buat wanita stress dan berfikir macam-macam cara untuk menghilangkan kedutan pada wajah mereka.

Sekarang tak perlu risau sebab dengan masker kunyit, kedutan dapat diatasi tanpa perlu pakai krim yang mahal dan belum tentu berhasil. Dan yang paling penting kunyit selamat digunakan pada kulit wajah kita.

Caranya: Campur serbuk kunyit, serbuk beras dan tomato. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit. Kalau anda ada dark circle, boleh campurkan dengan buttermilk dan sapu dibawah mata. Selepas 30 minit, bilas dengan air suam dan keringkan dengan tuala muka.

 

 

Mengawal pertumbuhan rambut halus pada wajah

Kadang-kadang kita tak perasan kulit kita anda rambut halus especially dibahagian atas bibir. Sekali orang ingat kita ada misai, sebenarnya rambut halus yang dikeluarkan oleh tubuh disebabkan oleh hormone yang bertindak balas.

Masker kunyit membantu mengurangkan pertumbuhan rambut halus pada wajah dan buat kulit kita nampak cantik dan kurang cela. Bila rambut halus pada wajah berkurangan, keyakinan diri pun bertambah.

Caranya: campur serbuk kunyit dengan gram flour dan tambah air untuk dijadikan sebagai pes. Selepas itu sapu pada seluruh wajah dan biarkan selama 10 minit. Selepas masker kering pada wajah, skrub dengan pergerakan memutar kerana ia boleh menanggalkan rambut halus pada wajah sedikit demi sedikit.

So, di sini untuk memudahkan anda dalam menjaga kulit anda daripada masalah-masalah di atas, boleh la cuba apply produk-produk keluaran Nurraysa. Antaranya adalah seperti berikut ;

 

Jerawat : Collagen Soap / Set Skincare Trial Pack

Jeragat : Collagen Soap + Argan Moisturizer

Strecth Mark : Instant Pearl Glow Body Lotion / Collagen Powder / Vitamin C

Anti Penuaan : Collagen Powder / Vitamin C Gluta Plus

Anti Kedutan : Collagen Powder

Cerah Kulit : Vitamin C / Collagen Powder / Collagen Soap