6 KESAN MENONTON RANCANGAN KARTUN TERLALU LAMA
YANG BOLEH JEJASKAN PERKEMBANGAN ANAK
Pada masa kini, dapat dilihat terlalu banyak rancangan kartun yang dipaparkan di kaca televisyen, di youtube dan sebagainya. Anak-anak kecil terutamanya sangat suka menonton kartun. Jadi, di sini ibu bapa sangat penting dalam memainkan peranannya dengan menghadkan masa menonton anak-anak kecil ini terhadap rancangan kartun.
Hal ini demikian kerana jika anak-anak kecil terlalu lama menonton kartun dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada perkembangan mereka kelak
Di bawah ini terdapat beberapa kesan negative yang akan mempengaruhi anak-anak kecil jika mereka dibiarkan menonton rancangan kartun terlalu lama.
KESAN 1: TINGKAH LAKU AGRESIF
Kanak-kanak yang menonton lakonan ganas akan menunjukkan tingkah laku yang agresif. Mereka lebih cenderung meniru watak-watak animasi kegemaran mereka. Malah imej keganasan itu akan memberi impak kepada dirinya untuk melakukan peniruan.
KESAN 2: KETAKUTAN BERHADAPAN DENGAN DUNIA REALITI
Mengganggap dunia ini menakutkan yang mungkin akan berlaku pada dirinya. Walau pun diberitahu bahawa imej yang ditunjukkan bukan sesuatu yang sebenar tetapi kanak-kanak tidak dapat membezakan antara fantasi dan realiti.
KESAN 3: OBESITI ATAU KEGEMUKAN
Mungkin akan mengalami obesiti atau kegemukan. Semasa menonton television kanak-kanak tidak aktif dan akan memakan makanan ringan yang tidak sihat. Kajian menunjukkan bahawa semakin kurang kanak-kanak menonton television memberi kesan kepada pengurangan berat badan.
KESAN 4: MASALAH EMOSI DAN FIZIKAL
Kanak-kanak yang terlalu kerap menonton kartun dalam jangka masa yang lama berdepan dengan kaca televisen berkemungkinan akan menghadapi masalah mental dan emosi, masalah gangguan mata dan masalah fizikal semakin meningkat.
KESAN 5: KURANG MOTIVASI & TIDAK PROAKTIF
Dikatakan tidak memberi motivasi untuk kanak-kanak belajar. Mereka cukup seronok dalam dunia tersendiri dengan watak-watak kegemarannya. Malah menjadikan kanak-kanak seorang yang kurang proaktif.
KESAN 6: PERKEMBANGAN BAHASA YANG TIDAK BAIK
Bahasa yang digunakan oleh watak-watak kartun dikatakan menggunakan bahasa yang tidak sesuai kepada kanak-kanak. Perkataan yang digunakan tidak memberi makna dan berupa cakap kosong. Suatu perkembangan bahasa yang tidak baik untuk kanak-kanak.
Oleh itu, sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini terhadap anak-anak, ibu bapa perlulah segera memainkan peranannya dengan mengatasi masalah ini bermula seawal usia anak-anak masih kecil lagi.
Sumber: majalahpama