Resepi Lontong Mudah

RESEPI LONTONG MUDAH

Sumber: Ourlittlekitchen

 

Bahan-bahan

Nasi impit segera

 

KUAH LODEH

Bahan-bahan rencah :

  • Soon
  • 1/2 inch lengkuas
  • Carrot (dipotong)
  • Sengkuang (dipotong kecil)
  • Kobis (dihiris kecil)
  • Kacang panjang / kacang boncis  (hiris serong)
  • Tauhu (potong empat segi)
  • Tempe (dipotong kiub)
  • Tauhu kering/pucuk (direndam dulu lalu dipotong kecil)
  • Santan pek besar (bergantung pada kuantiti kuah)
  • 2 batang serai (dititik)
  • Serbuk kunyit (agak-agak 3/4 sudu makan)
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Bahan Kisar

  • Segenggam Udang Kering (cuci dulu kemudian rendam dan toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih

 

Bahan Sampingan

  • Telur Rebus
  • Sambal ikan bilis
  • Serunding

 

Cara Penyediannya:

 

  1. Masukkan sedikit air dalam periuk bersama kisar serai, lengkuas. Masak sehingga wangi. Jika pakai santan perah, air ini digantikan dengan santan cair.

  1. Apabila sudah mendidih, masukkan sengkuang dan carrot seketika. Kemudian masukkan tempe, tauhu kering. Masak sehingga empuk. Lalu masukkan kacang boncis, tauhu, kobis. Biarkan mendidih.

  1. Masukkan Santan (pati santan) kacau selalu sampai mendidih. Selepas itu, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Apabila mendidih, perlahankan api dan masukkan soon dan biar sehingga soon lembut. Tutup api.

  1. Hidangkan Kuah Lodeh bersama nasi impit dan bahan sampingan.

 

 

Selamat Mencuba !

 

Sumber : Blog Nina Mirza