6 Petua Hilangkan Blackhead & Whitehead Dengan Bahan Semula Jadi

6 PETUA HILANGKAN BLACKHEAD & WHITEHEAD

DENGAN BAHAN SEMULA JADI

Blackhead & Whitehead seringkali menghantui mereka yang mempunyai kulit yang bermasalah terutamanya kulit berminyak. Kulit berminyak sangat berpotensi untuk menyumbang kepada permasalahan pada liang pori. Apabila liang pori terbuka, time ni lah akan datangnya masalah lain seperti blackhead & whitehead.

Ramai juga yang berfikiran nak hilangkan blackhead & whitehead perlu buat facial spa sahaja. Tapi kalau yang jenis bekerjaya, tak ada masa macam mana pula kan ? So, jangan risau sebab anda yang mengalami masalah sebegini boleh follow petua yang admin share kan hari ini. Boleh buat dari rumah je. Bestkan ? Jimat pun jimat. So, jom cuba petua di bawah ni. InsyaALLAH, ianya berkesan kalau korang semua konsisten 😉

 

1. AIS

  • Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
  • Caranya: Balut kuib ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidka sempat, cuci muka dengan ais berais sekali sehari. Untuk lebih berkesan, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.

 

2. CUKA EPAL

  • Menegangkan kulit, mengurangkan proses dan mengembalikan kestabilan PH kulit muka.
  • Caranya: Campurkan cuka ke dalam air . Gunakan kapas yang sesuai untuk muka. Kemudian, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.

 

3. SCRUB GULA

  • Membuang Minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan liang pori terbuka.
  • Caranya: Gaulkan dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama kemudian sapkan pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin. Untuk tambahan juga anda boleh sertakan bersamanya dengan aroma lain seperti kayu manis atau vanilla.

 

4. JUS LEMON

  • Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.
  • Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit . Kemudian bilaskan. Lakukan setiap hari selama sebulan dan InsyaAllah sangat berhasil

 

5. TIMUN

  • Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah
  • Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15-20 minit. Lakukan setiap sehari juga selama sebulan.

 

6. YOGURT

  • Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
  • Caranya: Sapu yogurt pada muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas . Lakukan sekerap mungkin.

 

 

Selamat mencuba guys !

 

Sumber: SirapLimau