14 TIPS BERKESAN LIVE DI FACEBOOK
Hai ! jumpa lagi kita dalam entry Tips Bisnes pada hari ini. Seperti entry sebelum ini, admin dah share kan pada korang 3 Tips Berkesan Live di Facebook kan ? Admin pun ada janji nak sambung tips tu. So, hari ni admin tunaikan janji untuk buat sambungan berkaitan tips bisnes tersebut.
Kalau sebelum ni 3 tips, untuk hari ini admin share kan lagi 4 tips. Nak tahu apa ? Jom check it out. Boleh dah siap-siap pen, kertas untuk take note 😉
Siapa yang belum baca entry sebelum ni boleh klik pada link ini —> PART 1: 3 TIPS BERKESAN LIVE DI FACEBOOK.
STEP UNTUK LIVE:
STEP 4 : JAGA PENAMPILAN & KEKEMASAN DIRI
- Nak live takkan nak nampak tak bermaya & muka pucat je kan ? So, sebelum live mestilah bersiap dengan penampilan yang meyakinkan, atleast sedikit powder dan secalit lipstik dan berpakaian kemas. Jika anda ingin buat live untuk set makeup mestilah anda sendiri perlu mengenakan makeup di wajah. Barulah audience berminat dan yakin dengan produk yang anda ingin perkenalkan.
STEP 5: MEMBUAT PERSEDIAAN
- Sebelum live juga , prepare apa yang nak cakap, just point-point, tapi jangan hafal, bercakap secara spontan. Jika nak buat tutotial makeup, practice beberapa kali sebelum start buat totorial. Tapi tak perlu tunggu perfect untuk mulakan sesuatu, last-last tak buat apa-apa langsung.
STEP 6: TUNJUKKAN EKSPRESI YANG CERIA
- Ketika start live, senyap selama beberapa saat, lepas tu senyum kepada penonton ibarat anda dikaca tv ?. Selepas itu, bagi salam, ucap selamat pagi atau selamat petang, dan ucapkan hai. Ibarat anda sedang berinteraksi dengan penonton face to face. Bila ada nya interaksi seperti ini, penonton tidak akan rasa bosan sebaliknya akan terus mengikuti video live anda dengan memberikan respon-respon yang terbaik.
STEP 7: BERINTERAKSI BERSAMA PENONTON
- Selepas itu, konon-konon buat tanya, “line clear tak?”, “jelas tak?”, “dengar tak suara saya?” beritahu penonton, “cuba komen sikit, line clear tak”, dan cakap lagi sekali, “hi semua”, bila penonton start komen hi kat ruangan komen, sebut nama sorang-sorang, contoh “hi amin, hi minah, hi devi, hi raju” dan tanya lagi “semua sihat ke”. Interaksi sebegini mampu membuatkan video live anda bertambah menarik. Jangan mula-mula video terus buat segmen tutorial. Kasi warmup dulu kepada penonton dengan bertanyakan soalan santai seperti ini untuk menarik lebih ramai view video live anda.
Amacam ? Berguna tak tips bisnes kali ni ? Mestilah kan ? So, mana yang dah settle take note tu jangan lupa share kan pula ilmu ni pada rakan-rakan anda yang lain. Jangan lupa untuk terus mengikuti blog kami sebab nya saya akan sambung lagi tips ini dalam entry yang seterusnya.
Stay tuned !