3 Nutrien Pertumbuhan Yang Diperlukan Oleh Anak-anak

3 NUTRIEN PERTUMBUHAN YANG DIPERLUKAN OLEH ANAK-ANAK

 

Anak-anak yang sedang membesar sangat memerlukan nutrien dalam badan mereka bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka yang sihat. Terdapat pelbagai jenis nutrien yang penting untuk tumbesaran anak-anak akan tetapi tiga nutrien ini memang sangat penting untuk ibu bapa ambil tahu dan amat diperlukan untuk tumbesaran mereka iaitu protein, karbohidrat dan lemak.

 

PROTEIN

  • Protein merupakan jenis nutrien yang menjadi asas untuk badan.  Ia merupakan nutrien yang penting dalam badan kita untuk tumbesaran yang sihat. Protein diperlukan untuk membaiki sel-sel badan dan membina sel baru. Antara makanan yang mempunyai protein adalah seperti ikan, daging, susu, keju, dadih dan telur. Protein juga boleh didapati dari bijirin, kacang dan soya.

 

KARBOHIDRAT

  • Karbohidrat adalah sumber tenaga utama yang diperlukan untuk tumbesaran badan. Apabila karbohidrat dipecahkan, ia akan menjadi gula ringkas. Karbohidrat boleh didapati dari makanan-makanan seperti nasi, roti, bijirin sarapan, kacang dan sayur-sayuran berkanji seperti ubi kentang dan jagung. Makanan seperti buah-buahan dan susu adalah sumber-sumber makanan baik yang mengandungi gula dalam bentuk semula jadinya.

 

LEMAK

  • Lemak juga merupakan nutrien yang penting untuk tenaga dalam badan bagi membantu tumbesaran.  Badan kita memerlukan lemak untuk menyerap vitamin-vitamin A, D, E dan K. Contoh makanan-makanan yang merupakan sumber lemak adalah daging merah, mentega, lemak dan marjerin. Kebanyakkan makanan snek, krim dan krim putar juga mengandungi lemak.

 

 

Jadi, ibu bapa perlu ketahui tiga nutrien utama yang diperlukan oleh anak-anak anda untuk mengekalkan tumbesaran yang sihat. Amalkan gaya pemakanan yang sihat dan seimbang untuk anak-anak bagi mengelakkan anak-anak mendapat pelbagai penyakit atau pun obesiti. Kanak-kanak kecil harus mengambil nutrisi dalam jumlah yang sewajarnya untuk tumbesaran dan perkembangannya. Galakkan juga anak-anak anda untuk bersenam dan mengamalkan gaya hidup yang aktif.

Sumber: Nestle