3P DALAM MEMULAKAN PERNIAGAAN
Siapa sangka melihat pada keadaan ekonomi sekarang ni nak manampung perbelanjaan kadang memerlukan kita mencari side income. Jadi, ramai diantara kita yang tertarik untuk membuat bisnes sendiri. Namun, sebelum membuat bisnes, anda semua perlulah sedikit kajian mengenai dunia bisnes agar mudah untuk kita jalankan perniagaan kelak.
Di sini, admin kongsikan pada anda antara 3P yang perlu anda ambil tahu sebelum memulakan perniagaan. Apa dia 3P tu ? Haa.. kalau nak tahu jom teruskan pembacaan entry ni sehingga habis. 🙂
1. PRODUK
- Perkara pertama yang perlu kita tahu sebelum memulakan perniagaan adalah pemilihan produk atau perkhidmatan yang kita nak jual. Jual sesuatu produk berdasarkan minat atau hobi kerana ianya akan membuatkan kita berasa lebih seronok dan bersemangat untuk menjual. Melalui produk yang kita tahu juga akan lebih memudahkan kita untuk menerangkan kepada pelanggan semasa kita menjualnya.
2. PEMASARAN
- Pemasaran pula bergantung kepada platform yang anda pilih. Ini kerana setiap platform adalah berebeza cara pemasarannya. Contohnya, cara promosi di Facebook adalah tidak sama cara dengan cara promosi di Instagram atau Blog. Jadi, pastikan diri menggunakan teknik pemasaran yang betul supaya anda tidak membazir mencuba teknik yang sia-sia.
3. PLATFORM
- Platform adalah sesuatu tempat bertapak untuk kita memulakan perniagaan. Biasakan diri menggunakan platform yang sudah biasa kita gunakan. Contohnya, Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, Email dan Blog.