4 Tips Tanggalkan Makeup Dengan Mudah

4 TIPS TANGGALKAN MAKEUP DENGAN MUDAH

 

Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan wanita memang sukakan kecantikan dan gemar bersolek. Namun aspek selepas penggunaan produk kecantikan juga amatlah perlu diambil berat. Ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja berjam-jam lamanya di wajah kita kerana berkemungkinan akan memberikan kesan yang negatif pada kulit seperti naik jerawat, allergi dan sebagainya.

 

Jadi, di bawah ni admin kongsikan sedikit tips bagaimana untuk tanggalkan makeup dengan mudah ;

 

 

#GUNAKAN HIRISAN TIMUN

  • Timun mempunyai sifat pelembab yang sangat baik. Kulit anda dijamin tidak terasa kering dan sembap akibat sel kulit mati selepas penggunaanya.
  • Hiriskan timun kepada kepingan nipis dan gosokkan secara lembut keseluruh wajah termasuk daerah mata. Atau boleh juga dikisar halus untuk dijadikan jus pencuci wajah.

 

 

#PEMBERSIH MUKA SUSU BADAN

  • Susu badam diperbuat daripada kacang badam. Tidak seperti susu lain, ia tidak mengandungi laktosa. Ia bersifat pembersih semulajadi dan mempunyai enzim yang mudah untuk menyingkirkan minyak, kotoran, dan sisa makeup.
  • Untuk kegunaan, coletkan sedikit pada kapas muka dan sapukan pada seluruh wajah sehingga terasa kesan makeup hilang. Bilas dengan air suam.

 

 

#MINYAK ZAITUN

  • Minyak dari buah zaitun yang terbaik untuk kesihatan dalaman dan luaran. Ia lebih baik dari penanggal makeup tipikal yang agak kasar pada kulit.
  • Gunakan kapas muka untuk sapu minyak keseluruh bahagian muka. Bilas bersih dengan air. Ia mengandungi lemak baik sama seperti avokado, yang bertindak sebagai pelembap kulit dengan kombinasi vitamin E dan vitamin A. Ia sangat baik bagi mengatasi kulit kering.

 

 

#GUNAKAN MAKEUP REMOVER SEMULA JADI

  • Ia bukan sekadar pembersih, malah sangat berkesan untuk menanggalkan sisa debu halus dan kotoran degil termasuk menyingkirkan kulit mati yang terdapat pada kulit wajah akibat aktiviti aktif di siang hari.
  • Ia tidak meninggalkan kesan berminyak dan melekit, malah sangat lembut pada kulit. Menjadikan kulit lebih terasa lembut, licin dan cantik berseri. Gunakannya sebagai langkah pertama pembersihan wajah di malam hari atau pada waktu-waktu tertentu.
  • Uolls nak best lagi gunakanlah #FASTCLEANEYEMAKEUPREMOVERNURRAYSA. Spray spray then lap kan dengan tisu mudah sangat nak hilang kan sisa makeup dengan bersih. Baunya yang wnagi pun boleh buatkan kulit muka rasa segar.

 

 

 

Semoga tips di atas dapat membantu memudahkan anda diluar sana. Selamat mencuba !

 

 

 

Sumber: Yourfabolousmama