Tips Menjaga Kecantikan Sebelum Tidur

TIPS MENJAGA KECANTIKAN SEBELUM TIDUR

 

Semua wanita ingin kelihatan cantik. Jadi, tahukah anda, sebelum tidur juga terdapat beberapa tips yang dapat membantu anda menjaga dan mengekalkan kecantikan ? Untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat tentunya anda harus mengetahui cara merawat kulit yang baik, salah satunya iaitu dengan menjaga kecantikan kulit pada malam hari, sebelum tidur. Berikut beberapa tips kecantikan sebelum tidur:

 

 

Membersihkan Wajah

  • Membersihkan wajah sebelum tidur adalah perkara yang penting untuk dilakukan. Dengan membersihkan make up, kotoran ataupun debu pada wajah, akan sangat membantu kulit untuk bernafas dengan baik. Jika kamu tidak membersihkan kulit wajahmu sebelum tidur, hal ini dapat membuatkan kulit wajah menjadi lebih mudah berjerawat, naik merah-merah atau mungkin juga boleh jadi gatal-gatal. Oleh karena itu mencuci atau membersihkan wajah sebelum tidur itu sangat penting dilakukan. Jadi, boleh lah anda gunakan Collagen Soap Nurraysa 🙂

 

Gunakan Masker

  • Sebelum tidur anda dapat menggunakan masker pada wajah, agar kulit wajah dapat ber-regenerasi lebih baik lagi. Lebih baik jika anda menggunakan masker dari bahan semula jadi seperti masker  tomato, timun atau anda dapat mengoleskan madu pada wajah. Madu dapat membantu menghilangkan cela-cela pada wajah.

 

 

Makan Buah-buahan

  • Sebelum tidur juga ada baiknya jika anda makan beberapa potong buah seperti epal, tembikai, kerana ini dapat membantu kelembaban kulit tetap stabil dan tidak kering. Bukan itu sahaja, ia juga dapat memberikan kesihatan kepada tubuh badan anda.

 

 

Banyak Minum Air Putih

  • Minum beberapa gelas air sebelum tidur. Hal ini akan sangat membantu sekali untuk menjaga kulit wajah dari kekeringan. Air putih juga sangat baik untuk memperlancar pencernaan pada tubuh kita.

 

 

Gunakan Krim Pelembap Malam

  • Jika kulit wajahmu jenis kulit yang kering, disarankan untuk memakai krim sebelum tidur, kerana hal ini akan mencegah kulit wajah kering . Admin sarankan pada anda gunakanlah Argan Whitening Moisturizer Nurraysa. 

 

 

Selamat mencuba !

 

 

 

Sumber: TipsAmpuh