Parut Jerawat Menganggu Anda ? Ini 6 Cara Untuk Menghilangkannya

PARUT JERAWAT MENGGANGGU ANDA?

INI 6 CARA UNTUK MENGHILANGKANNYA

 

Tidak dapat dinafikan semua wanita mengidamkan kulit muka yang bersih dan licin. Jadi, penjagaan kulit wajah sangatlah penting untuk mengelakkan kulit wajah anda mengahdapi masalah seperti jerawat. Namun, tidak dapat dinafikan juga ramai di anatara wanita yang mengalami masalah jerawat dan parut jerawat. Jika parut jerawat masih baru, atasi lah segera dengan melakukan scrub 2 kali seminggu bergantung kepada cara pemakaiannya untuk menanggalkan sel kulit mati.

 

Tapi jangan lakukan scrub ketika kulit berjerawat dan meradang kerana ini akan menyebabkan radang menjadi semakin teruk. Elakkan juga dari memicit jerawat kerana dapat merosakkan struktur kulit. Ini menyebabkan parut menjadi semakin gelap dan susah untuk dihilangkan.

 

 

Cara Menghilangkan Parut Jerawat

 

  • Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  • Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat.
  • Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  • Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  • Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  • Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

 

 

 

Sangat mudah untuk anda aplikasikan cara menghilangkan jerawat menggunakan bahan semulajadi. Di rumah pun anda dah boleh lakukan. Tak perlu susah untuk pergi ke spa. Oh ya ! Bagi anda yang ingin mendapatkan scrub, boleh lah dapatkan SOFTENING FACIAL & BODY JELLY SCRUB Nurraysa. Penggunaannya dalam 2 kali seminggu, InsyaALLAH akan membantu anda kelihatan sihat dan mendapatkan kulit yang mulus. Terus WhatsApp kami di 013-666 5554 untuk order. 🙂

 

 

 

Sumber: Petua.keira