Lemon Boleh Buat Anda Cantik. Betul Ke ?

LEMON BOLEH BUAT ANDA CANTIK. BETUL KE? 

 

Siapa je yang tak tahu khasiat lemon ni kan? Semua tahu kan bahawa lemon ini memberikan khasiat yang sangat banyak untuk kesihatan dan kecantikan diri kita sendiri. Tidak dapat dinafikan lagi penggunaanya dalam pelbagai resepi juga memberikan manfaatnya yang tersendiri. Buat yang masih ragu-ragu akan fungsi lemon ini,  berikut senarai kebaikan lemon yang harus anda ketahui.

 

 

Cantikkan Kulit

Tahukah anda yang lemon ini mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi. Vitamin C memainkan peranan untuk mengekalkan kulit yang sihat serta sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.

 

 

Kuruskan Badan

Minum air lemon pada waktu pagi dapat membantu tubuh untuk membakar lemak dengan lebih cekap dan berkesan. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan dengan lancar dan ini sangat penting untuk proses diet.

 

 

Tingkatkan Hidrasi & Berikan Tenaga

Kebiasanya pada setiap pagi kita akan mengalami situasi yang agak malas dan kurang bertenaga. Cuba mulakan pagi anda dengan segelas air lemon suam, pasti anda akan rasa lebih bertenaga dan terhidrat sepanjang hari.

 

 

Bantu Penghadaman

Jika anda mengalami masalah penghadaman dan susah untuk membuang air besar, cuba amalkan minum segelas air lemon suam di kala pagi. Air suam dengan lemon ini membantu merangsang saluran penghadaman dan merangsang pergerakan usus serta akan bersihkan organ hati anda.

 

 

Sokong Sistem Imun

Dengan kandungan Vitamin C yang tinggi, ia dapat membantu meningkatkan sistem imun manusia. Ini bagi mengelakkan kita mudah terkena demam selesema.

 

 

 

 

 

Sumber: rapi.karangkraf