SENARAI BARANG HANTARAN LELAKI & PEREMPUAN
Hujung-hujung tahun, musim cuti sekolah ni memang sinonim dengan majlis perkahwinan. Masa tu la banyak jemputan dapat, dari sedara mara la, rakan-rakan la…Kadang sampai tak tahu nak pergi kenduri yang mana satu. Pada musim ini juga la bakal-bakal pengantin juga turut sibuk nak cari barang-barang untuk hantaran perkahwinan sampai buntu nak barang apa je yang boleh dibuat hantaran.
Admin sarankan di sini, buat anda bakal pengantin, buat checklist siap-siap. Take note barang apa yang perlu di cari. Kalau tak tahu juga haa.. jom tengok di bawah ni, antara senarai barang hantaran yang ringkas bagi lelaki & perempuan yang dikongsikan oleh Wanista.com untuk memudahkan anda semua.
Oh ya, sebelum admin terlupa, untuk pengetahuan bakal pengantin, bilangan dulang barang hantaran adalah ganjil. Dan pihak perempuan pada kebiasaannya akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
- Sirih Junjung
- Kemeja/Seluar
- Beg duit/Tali Pinggang
- Al-Quran Biasa/Digital
- Sejadah
- Jam Tangan
- Set Minyak Wangi /Barangan peribadi contoh barangan mandi
- Kasut
- Buah-buahan
- Kek/Kek Cawan
- Coklat
- Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
- Mas kahwin/Duit Hantaran
- Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
- Tepak sirih
- Al-Quran Biasa/Digital
- Sejadah
- Potpourri/Bunga Rampai
- Jam tangan
- Kasut
- Telekung
- Beg Tangan
- Set Wangian /Barang mekap
- Buah-buahan
- Kek/Kek Cawan/ Coklat
Ehem uolls kalau nak best lagi boleh dapatkan LIMITED EXCLUSIVE BOX FOR MEN & WOMEN untuk hantaran juga tau. Produk dah siap pack dalam box sangat seesuai untuk dijadikan hantaran. Limited tau ni sempena YEAR END SALES. Jika berminat kena cepat-cepat grab jangan nanti dah sold out baru la mencari. Boleh hubungi kami di nombor HOTLINE, 013-666 5554 untuk order. Di bawah ni admin tunjukkan contohnya 🙂