Resepi Pilihan : Honey BBQ Chicken Wings

RESEPI PILIHAN : HONEY BBQ CHICKEN WINGS

 

Yummeyh sangat korang tengok ayam bersalut honey BBQ ni. Punya la simple cara masak, rasa macam petang ni juga nak buat. Bahan yang digunakan pun simple je. Ni memang resepi orang bujang betul lah. Haha. Tapi yang dah berkeluarga pun boleh try tau. Mana tahu anak-anak suka, dah senang lepasni tahu nak masak menu apa. So, jom chek it out !

 

Credit: Raffieyusoff

 

Bahan-bahan:

5 ketul kepak ayam (dipotong 2)
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Untuk sos:

1/3 cawan sos barbeku
3 sudu besar madu

 

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, serbuk cili, garam, & serbuk lada hitam dan salutkan ayam. Goreng sehingga kuning keemasan. Ketepikan
2. Dalam mangkuk, satukan sos barbeku & madu dan kacau sebati
3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap!

 

 

Selamat mencuba !