Anda takut Untuk Mulakan Bisnes? Nah, 5 Tips Atasi Ketakutan Untuk Berbisnes !

5 TIPS ATASI KETAKUTAN UNTUK MULAKAN BISNES

 

Admin faham, sekarang ni kita dihimpit dengan masalah ekonomi. Kadang dah ada kerja pun, gaji yang dapat masih lagi tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga. Macam-macam cara dan jalan yang kita fikir untuk keluar dari masalah kewangan. Apa yang kita nampak sekarang jalan lain untuk cari kewangan lebih adalah daripada berbisnes. Tapi, kita takut untuk mulakan bisnes tersebut. Takut kalau-kalau nanti rugi, keluar modal yang banyak dan sebagainya. Tapi kalau kita takut untuk mulakan bisnes, sampai bila kita nak berada di tahap yang sama?

Jadi, hari ni admin kongsikan untuk anda semua sedikit perkongsian tips yang diambil daripada sifubads.com iaitu 5 Tips Atasi Ketakutan Untuk Mulakan Bisnes. Jom check it out !

 

 

TIPS 1: ILMU & MENTOR

  • Ilmu & mentor sangat penting dalam kita nak mulakan bisnes. Dengan siapa kita menuntut ilmu perlulah ada mentor nya atau ada gurunya. Jika tak memang kita langgar dinding sorang-sorang. Keduanya penting. Macam mana kita nak upgrade kewanga, kena tengok juga macam mana kita upgarde ilmu kita. Dengan adanya mentor juga boleh menjimatkan masa anda untuk belajar daripadanya dan juga ambil pengalaman daripada kegagalan orang lain. Orang kata, biar kita jadi bodoh sekarang daripada jadi bodoh selamanya.

 

TIPS 2: MULAKAN DENGAN KOS PALING MINIMA

  • Mulakanlah bisnes dengan kos paling minima. Jangan mulakan dengan budget yang besar takut salah plan, bahaya ! Kalau anda peniaga baru, berisiko juga dengan menggunakan modal yang besar. Kos ni boleh terbahagi juga pada kos marketing dan juga kos pemilihan bisnes. Contoh kalau nak bisnes produk, nak buka kedai/office terus ke.. Atau nak berniaga secara online dulu? Cadangan, lebih mudah berniaga secara online, secara kecil-kecilan dan juga berniaga dari rumah saje. Gunakan medium laman sosial untuk mulakan bisnes dengan kos yang percuma.  Mudah, pantas & berkualiti. Atau anda juga boleh mulakan bisnes dengan menjadi dropship atau agent. Tak perlu keluarkan modal yang besar pun.

 

TIPS 3: TONTON KISAH MOTIVASI DAN KEJAYAAN ORANG LAIN

  • Anda juga boleh perbanyakkan melihat video-video mereka yang telah berjaya. Bagaimana jatuh naik bisnes mereka, kegagalan mereka yang akhirnya memberi kejayaan pada diri mereka sendiri. Secara tak langsung, apabila anda melihat kejayaan atau kisah motivasi orang lain anda akan lebih terinspirasi dan lebih bersemangat untuk berbisnes.

 

TIPS 4: HADIRI SEMINAR

  • Kalau ada seminar motivasi atau seminar apa pun yang berkaitan dengan diri anda join lah. Ini kerana dengan kita hadiri seminar, dari situ kita dapat membuka minda kita selain dapat mengekalkan momentum yang positif. Bukan itu sahaja, dengan kita menghadiri seminar kita dapat meluaskan network kita dengan berjumpa dengan mereka-mereka yang lain yang telah berjaya di samping kita berada dalam circle yang sentiasa positif.

 

TIPS 5: INGAT SEMULA BIG WHY ANDA

  • Bila anda nak mulakan atau baru mulakan bisnes, time rasa down ingat balik apa big why anda. Anda buat semua ni untuk siapa? Untuk keluarga ? Untuk anak-anak atau apa sahaja. Bila anda ingat semula big why ini, dari situlah semangat anda akan datang semula untuk membuatkan anda lebih fokus dalam berbisnes.