Tips Cara Mencegah Bau Badan
Walaupun bekerja dalam aircond, jangan ingat badan anda tidak mengeluarkan sebarang bau. Jangan kata sama sekali. Masuk kerja pukul 8.30 pagi, naik je lunch hour badan mula mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Then mulalah rasa kurang selesa.
Jangan risau, kepada yang mengalami masalah seperti di atas, admin akan kongsikan tips mencegah bau badan yang sangat berguna untuk semua. InsyaAllah, jika diamalkan pasti akan wangi sampai balik kerja.
Pakai Deodoran/Wangian
Sehabis mandi, cubalah untuk memakai deodoran, bedak, losyen badan atau minyak wangi terutama di area ketiak. Kandungan antiperspirant yang ada didalam deodoran contohnya dapat melawan peluh berlebihan dan dapat mencegah bau badan. Sembur minyak wangi banyak-banyak sikit takpe. Lagi wangi.
Jaga Pola Makan
Jika anda penggemar santapan makanan, maka anda harus berhati-hati dalam memilih makanan yang baik. Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak, minyak dan beraroma tajam seperti bawang putih. Ini dapat menyebabkan bau badan kerana pelepasan aroma terjadi di pori-pori kulit dan bercampur dengan peluh. Hasilnya, muncul lah aroma yang tidak diinginkan.
Mandi Buah Lemon
Buah lemon ternyata dapat mengatasi masalah bau badan yang menyerang anda. Dengan menggosokkan lemon pada tubuh dapat membantu kulit menjadi lebih wangi dan aromanya masuk sampai ke dalam pori-pori. Menggosok lemon dan meremasnya pada bahagian lipatan tubuh, seperti ketiak, lipatan tangan dan kaki dapat juga mengurangkan penghasilan peluh yang berlebih. Memang badan rasa sangat wangi dan segar.
Minum Air Putih Yang Cukup
Jika anda bukan penggemar air putih, setidaknya usahakan untuk meminum air putih enam gelas setiap hari. Aliran darah yang lancar dengan air yang cukup akan membuat tubuh mengeluarkan keringat yang tidak berbau. Asal anda tetap menjaga kebersihan tubuh, keringat tidak akan bercampur bakteria terlalu banyak dan anda pun akan bebas dari bau badan.
Sumber: Hafiz Fidzol