Cara Merawat Kulit Wajah Sebelum Tidur

CARA MERAWAT KULIT WAJAH SEBELUM TIDUR

Guna cleansing milk

Sebelum tidur membersihkan wajah sangat lah penting, hal ini dilakukan agar kotoran atau sisa make up dikeluarkan. Cara yang harus di lakukan dalam pembersihan wajah ini adalah dengan menggunakan cleansing milk atau susu pembersih. Selain menggunakan cleansing milk boleh juga menggunakan make up remover, gunakan kapas semasa pembersihan.

 

Guna facial foam atau cleanser

Selepas membersihkan wajah dengan menggunakan cleansing milk atau make up remover, kemudian diikuti dengan menggunakan facial foam atau cleanser. Caranya adalah dengan membasahi seluruh wajah, usapkan facial foam atau cleanser lalu usaplah wajah anda. Setelah selesai, bersihkan wajah anda dengan menggunakan air bersih.

 

Guna air hangat

Sebelum membersihkan wajah di anjurkan menggunakan air hangat untuk membasuh wajah anda terlebih dahulu, setelah itu barulah mengusapkan facial foam atau cleanser pada wajah. Air hangat ini dapat membuka pori-pori sehingga kandungan yang ada dalam pembersih akan meresap dan kotoran akan hilang sempurna.

 

Guna toner

Setelah menggunakan air hangat semasa membersihkan wajah, kemudian menutup kembali pori-pori wajah anda dengan menggunakan toner sebagai pendinginnya. Toner selain dapat menutup pori-pori wajah, ia juga dapat menyegarkan wajah anda serta membersihkan sisa kotoran atau make up yang masih tertinggal di wajah.

 

Guna moisturizer

Jika anda memiliki jenis kulit yang kering, penggunaan moisturizer ini sangat sesuai untuk melembabkan kulit wajah. Untuk jenis kulit yang sensitif pakailah nipis-nipis pada waktu malam. Pelembab boleh digunakan sesuai dengan keperluan. Maksudnya adalah perlu pelembab tetapi kulit sensitif, bermaksud tidak disarankan menggunakan pelembab yang mengandungi whitening aging kerana takut akan terjadi iritasi.

 

Guna vitamin atau serum

Penggunaan vitamin atau serum biasanya di lakukan pada siang hari, namun jika anda ingin menggunakannya pada malam hari hal ini tidak akan menjadi masalah  justeru, akan mendapatkan hasil yang baik.

 

Guna masker

Penggunaan masker ini tidak digalakkan memakai setiap hari cukup 1 kali atau 2 kali dalam seminggu. Perlu ingat penggunaan masker ini tidak boleh dicampuri dengan penggunaan krim malam, kerana masker memiliki fungsi yang berbeza dengan yang lain. Dalam hal ini anda digalakkan untuk menggunakan masker semulajadi, meskipun cara kerjanya lambat tetapi masker ini dapat mengurangi kesan sampingan.

 

Guna krim malam

Dalam penggunaan krim malam sebaiknya harus sesuaikan dengan jenis kulit anda. Pada usia 20 tahun ke atas sebaiknya gunakan krim malam yang mengandung retinoid acid atau whitening kerana pada usia 20 tahun kulit masih segar dan belum timbul kerutan. Pada usia 30-40 tahun bermulanya muncul tanda-tanda penuaan atau timbulnya kerutan, untuk itu sangatlah sesuai menggunakan krim malam yang mengandungi antiaging penuaan. Dalam memilih krim malam anda harus memastikan bahawa krim yang anda gunakan tidak mengandungi merkuri atau zat kimia yang berbahaya.

 

Itulah cara untuk merawat kulit wajah sebelum tidur, apabila anda ingin mendapatkan hasil yang memuaskan maka amalkanlah cara tersebut setiap malam sebelum tidur. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.