Kulit Kombinasi Paling Sesuai Pakai Produk Apa?

KULIT KOMBINASI SESUAI PAKAI PRODUK APA?

 

Admin suka lihat individu yang memiliki kulit wajah besih flawless, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi individu yang mempunyai masalah kulit kombinasi berminyak dan kering dalam masa yang sama memang mengharukan. Anda tidak boleh menggunakan produk sesuka hati, silap hari bulan keluar pula jerawat seketul dua ketul di muka.

Kulit kombinasi biasanya merupakan gabungan kulit kering atau normal dengan beberapa bahagian wajah berminyak, sering kali terjadi di kawasan dagu, hidung dan dahi (T-Zone)

 

Bagaimana mahu mengesan masalah kulit kombinasi?

  • Cuci muka dengan pembersih yang lembut dan tidak mengeringkan kulit. Kemudian keringkan dengan tuala kering yang berada dalam keadaaan baik.

 

  • Tunggu selama satu jam. Pada ketika ini, kulit kita akan berada dalam keadaan asal mengikut jenis kulit masing-masing.

 

  • Apa yang anda perlu buat ialah dab muka dengan blotting paper, terutama di bahagian T-Zone dahi, dagu, dan hidung.

 

  • Jika kertas melekat dan menyerap minyak lalu menjadi lutsinar, anda mempunyai kulit berminyak. Biasanya kulit jenis ini berkilat dan mempunyai pori yang besar.

 

  • Jika ia langsung tidak melekat atau menyerap sebarang minyak, kemungkinan besar anda miliki kulit kering. Kulit sebegini mudah menggelupas dan pori lebih kecil.

 

  • Jika hanya melekat pada bahagian T-Zone (dahi, dagu, hidung), kulit anda jenis kombinasi. Biasanya hanya T-Zone sahaja yang berminyak manakala yang lain lebih normal.

 

Untuk masalah kulit kombinasi berminyak dan kering boleh menggunakan Collagen Soap Nurraysa untuk mengecilkan liang pori pada wajah, mencerahkan kulit wajah, membuang sel-sel kulit mati, melembapkan kulit muka dan memperbaiki struktur kulit muka dari dalaman. Selain itu Collagen Soap Nurraysa juga dapat merawat jerawat, merawat jeragat dan juga merawat kulit berminyak serta memudarkan parut jerawat.