Tahukah anda produk solekan mata seperti eyeliner, maskara dan juga eyeshadow juga mempunyai tarikh luput.
Kosmetik solekan mata yang sudah tamat tarikh luput boleh menyebabkan beberapa masalah kulit. Malahan infeksi mata dan jerawat biasanya disebabkan kerana penggunaan maskara, eyeliner, eyeshadow atau make up base yang sudah tamat tempohnya.
Antara Penyebab Terjadinya Kesan Jangkitan Daripada Solekan Mata:
1. Kerap berkongsi alat solekan mata, contohnya kawan anda gunakan atau berkongsi dengan adik-beradik.
2. Menggunakan alat solekan yang telah tamat tempoh. Ini tidak sepatutnya berlaku, mungkin bakteria akan membiak.
3. Membeli alat solekan yang berkualiti rendah. Anda perlu berjaga-jaga kerana kulit mata adalah sensitif, jadi anda perlu menitik beratkan jenama solekan anda.
4. Tidak mematuhi arahan pemakaian solekan. Anda perlu baca dahulu cara-cara pemakaian yang betul di kotak pembelian atau mendapat khidmat nasihat dari pakar.
Langkah Mengatasi Jangkitan Daripada Solekan Mata:
– Menggunakan alat solekan yang berkualiti, sebaik-baiknya jangan bersolek setiap hari. Mata anda juga inginkan rehat.
– Buang alat solekan yang telah luput tarikhnya. Ini adalah langkah berjaga-jaga untuk kesihatan mata anda juga.
- Pastikan pensil mata sentiasa diasah dengan baik. Jangan biarkan kayu pensil terkena mata dan melukakan kulit mata anda.
- Hentikan solekan mata jika anda mengalami sakit mata. Basuh muka anda sehingga bersih.
- Cuci tangan sekerap mungkin dan elak menyentuh mata ketika anda sakit mata. Jangan menggosok mata anda terlalu kuat. Anda boleh gunakan ‘wet tissue’ yang tiada pewangi untuk bersihkan mata anda.
- Jangan berkongsi alat solekan dengan orang lain, termasuk berus, tuala tangan atau kaca mata hitam. Kemungkinan bakteria akan merebak ke mata anda.
- Rehatkan mata sekerap mungkin. Anda boleh tekap mata dengan tuala atau kapas bersih yang lembap ataupun dengan uncang teh.
- INGAT!! Bersihkan solekan mata sebelum tidur. Gunakan pembersih muka dengan berhati-hati kerana mata akan menjadi merah apabila terkena pembersih muka anda.
- Jangan guna air liur untuk ‘menghilangkan’ kesan solekan apabila tersalah pakai kerana air liur mengandungi banyak bakteria.
- Pakai kanta lekap terlebih dahulu sebelum menggenakan solekan mata.