Cara hidup yang tidak lupakan alam sekitar adalah tugas 24/7, dan boleh menjadi sulit ada kalanya. Di sini ada 6 cara anda boleh berikan impak besar dengan jimatkan sedikit air.
2. Jimatkan air semasa membilas buah dan sayurdengan meletakkannya di dalam penapis dan biarkan air berkumpul di dalam tab di bawahnya. Jimatkannya untuk membasuh dan menyiram tumbuhan anda (pastikan tiada sabun).
3. Mudah terlupa masa (dan penggunaan air) semasa anda menikmati pancuran air panas. Jadi, mainkan sedikit nada sebagai pemasa, dan apabila muzik perlahan, berhenti. Cara lain untuk jimatkan air? Mandi bersama.
4. Tiada lagi air terbazir semasa memberus gigi. Hanya isikan cawan dengan air dan bilas.
5. Hanya tiga barang perlu berada di dalam tandas.Salah satunya adalah tisu tandas. Lebih banyak air perlu untuk mengepam yang lain, jadi simpan tong sampah berdekatan dan elakkan pembaziran.
6. Kurangkan masa mendobi. Melainkan sudah kotor, kebanyakan pakaian tak perlu dibasuh selepas sekali pakai. Hanya anginkannya dan gantung kembali ke dalam almari. Apabila tiba masanya untuk mendobi, pastikan mesin basuh anda berisi penuh.
Kami gembira apabila pelanggan kami bertindak kreatif dengan produk kami. Teruskan! Tapi ingat, dengan mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersil IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk itu akan hilang.