Nak cantik? Siapa je yang taknak cantikkan? Sekarang ni ramai dah wanita diluar sana ambil inisiatif untuk tambah sedikit solekan di wajah untuk nampak lebih fresh dan kekal berkeyakinan. Lebih-lebih lagi kepada wanita yang bekerjaya. Bagi mereka makeup itu penting untuk tampil yakin berhadapan dengan client.
Dalam banyak-banyak bahagian,saya pasti solekan di bahagian kening adalah paling rumit untuk dipelajari. Tapi takpe, admin memahami uolls diluar sana yang masih newbie dalam bidang ini. So, nah ! 5 Teknik Mudah Melukis Kening yang boleh anda follow ?
Sumber: beauty-zone.org
Langkah 1
Pastikan anda miliki peralatan yang lengkap seperti celak kening dan juga maskara kening. Gunakan concealer cerah bagi anda yang tidak mahu untuk cukur kening.
Langkah 2
Lukis bahagian bawah kening dengan dengan satu garisan lurus. Pastikan di bahagian hujung kening di lukis dengan jelas.
Langkah 3
Lukis bahagian atas pula dengan satu garisan lurus dan di lukis lekuk di bahagian hujung bagi membentuk kening yang sempurna.
Langkah 4
Ratakan warna kening dengan oles-kan maskara kening. Di nasihatkan agar anda menggunakan tona yang sedikit cerah bagi memastikan kening anda natural.
Langkah 5
kemaskan bawah kening dan penjuru kening dengan menggunakan concealer bagi menutup celaan solekan anda.