Ramai peniaga-peniaga atau usahawan yang tak sedar sebenarnya untuk berjaya bukan hanya focus kepada cara marketing, cara pengurusan, jualan sahaja tapi ada perkara yang utamanya yang perlu anda lakukan untuk dapatkan kejayaan sekaligus membuatkan perniagaan anda menjadi berkat.
Hari ni admin share kan 3 perkara utama yang mesti ada untuk sesebuah perniagaan itu berjaya. Perkara ini sangatlah membantu. Tengoklah hasilnya melalui founder kami sendiri, Puan Nur Aini Zolkepeli.
Nak tahu apa dia ? Jom kita take note di bawah ni ;
1) TUNAI SOLAT 5 WAKTU
Orang yang berjaya itu adalah mereka yang memelihara solatnya. Percayalah, dengan solat anda akan berasa tenang dan semua urusan anda akan dipermudahkan oleh-Nya. Ketenangan yang kita dapat itu nanti akan lebih bernilai dari wang satu juta dalam simpanan anda. Kehidupan anda juga akan lebih berkat. Bukankah solat itu tiang agama? Dalam seruan azan juga memperdengarkan bahawa jika kita mahu berjaya, kita perlu solat.
Jika tidak solat ibarat seperti anda bekerja tetapi tidak dapat gaji. Semuanya sia-sia sahaja.
2) TUNAIKAN SOLAT DHUHA
Ya, solat Dhuha juga sangat penting dalam menyumbang kepada kejayaan perniagaan anda. Dengan solat Dhuha pintu rezeki akan terbuka dengan lebih luas lagi. Jangan letakkan alasan tiada masa untuk Dhuha walhal anda ada masa untuk membuat urusan lain. Jadi, disarankan bagi mereka yang ingin perniagaannya berjaya amalkan lah solat Dhuha setiap hari. InsyaAllah, rezeki nya senang diperolehi. Rezekinya didapati akan datang dari punca dan datang dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
3) BERBUAT BAIK PADA IBU BAPA
Berbuat baik kepada ibu bapa merupakan perintah Allah. Jadi, untuk berjaya, buatlah kebaikan kepada ibu bapa anda. Jangan abaikan kebajikan mereka kita takut kelak akan memberikan kesan negatif dalam kehidupan anda sendiri. Kadang dalam kita berjaya sebenarnya adalah hasil daripada doa-doa daripada kedua ibu bapa kita juga.