Kaedah ini disarankan untuk dilakukan pada waktu malam hari terutamanya pada yang bekerja pada siang hari yang mana kaedah ini digunakan untuk cuci sebersihnya mekap, sunscreen serta segala kekotoran yang melekat termasuk asap, debu dan peluh yang melekat pada wajah ketika kita bekerja!
Jom ikut 4 langkah mudah seperti yang berikut:
#1 Pakai oil based cleanser atau make-up remover
Letakkan sedikit oil based cleanser/make-up remover tadi di telapak tangan anda dan mula urutkan di seluruh kulit muka dalam urutan bulatan kecil. Urut dalam tempoh masa seminit macam tu.
.
Sebaiknya untuk gunakan Fast Clean Eye Make-Up Remover yang merupakan free oil based yang sesuai untuk kawasan mata yang sensitif sehingga memerlukan makeup remover dengan bahan yang lebih ringan dan lembut berbanding kawasan wajah yang lain.
#2 Bilas wajah
Bilaskan dengan lembut, seeloknya dengan tuala basah yang tak kasar sangat. Pastikan just dap dap je dan biarkan dalam keadaan lembap ya! Jangan lap sehingga pulak tau
#3 Cleanser
Pakai cleanser yang uolls guna dan letakkan sedikit di telapak tangan dan sapukan ke kulit muka yang masih lembap tadi. Kemudian urutkan juga dalam urutan bulatan kecil selama 30 saat.
#4 Bilas wajah sekali lagi
Bilas cleanser tadi dengan air bersih dan keringkan kulit muka anda dengan tuala kering. Dah siap!
Sebenarnya ada kebaikan serta juga kekurangan jika kita terlebih double cleansing wajah kita ni, so sebelum lakukan kaedah “DOUBLE CLEANSING” make sure dapatkan nasihat daripada pakar kulit serta untuk uolls yang mengalami masalah kulit wajah yang sensiti dinasihatkan check terlebih dahulu kandungan dalam oil cleansing serta make-up remover tersebut bebas daripada bahan seperti alkohol, paraben serta fragances.