Kosmetik Halal, Cantik Ikut Syarak

Alhamdulillah, Nurraysa sekali lagi diberi penghormatan apabila dimuatkan dalam akhbar Sinar Harian menerusi sisipan Sinar Islam Plus edisi Jumaat, bertarikh 11 Julai 2025.

Dalam liputan penuh bermakna bertajuk “Kosmetik Halal, Cantik Ikut Syarak”, wartawan menyorot perjuangan Nurraysa sebagai jenama kosmetik Muslimah yang bukan sekadar menjual produk mesra wuduk, tetapi membawa misi dakwah melalui kecantikan.

Pengasas Nurraysa, Puan Nur Aini Zolkepeli, berkongsi kisah jatuh bangun membina perniagaan ini sejak usia 19 tahun – berlandaskan niat untuk membantu wanita Muslimah tampil yakin, cantik dan dalam masa yang sama, memelihara prinsip syarak.

Antara intipati penting dalam artikel ini:

  • Komitmen Nurraysa menghasilkan kosmetik halal, suci dan mesra wuduk, bebas daripada bahan haram dan meragukan.

  • Usaha berterusan mencari kilang yang benar-benar memenuhi piawaian syariah dan kualiti.

  • Cabaran menghasilkan produk tanpa kompromi terhadap hukum, termasuk menggantikan gliserin haiwan kepada gliserin tumbuhan.

  • Peranan Nurraysa sebagai peneraju kosmetik Muslimah yang menekankan kejelasan hukum dalam setiap produk.

Liputan ini memberi inspirasi kepada kami di Nurraysa untuk terus memperjuangkan kecantikan yang memelihara iman, serta menjadi jenama yang membantu Muslimah menjalani gaya hidup yang lebih syariah-friendly dan berkat.

🔗 Baca artikel penuh di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/738138/sinar-islam/edisi-halal/kosmetik-halal-cantik-ikut-syarak