Bibir Merekah dan Berkerak Selepas Memakai Lipstik. Salah Lipstik atau Salah Teknik ?

BIBIR MEREKAH DAN BERKERAK SELEPAS MEMAKAI LIPSTIK.

SALAH LIPSTIK ATAU SALAH TEKNIK? 

 

 

Admin nak tanya siapa diantara anda yang mempunyai masalah seperti di atas? Kadang nak rasa cantik kita pakai la lipstik. Tapi awal pemakaiannya je okay, lama-lama dah jadi kering dan mula merekah, rasa tak selesa. Adakah salah membeli lipstik atau pun teknik pemakaian kita yang tidak betul?

 

Jika anda tertanya soalan sebegitu, admin lagi lah dua kali ganda tertanya-tanya. Apa la sebab lipstik jadi berkerak, merekah macam ni. Bibir tak sesuai ke untuk pakai mana-mana lipstik atau pun salah beli lipstik? Macam-macam persoalan sebenarnya bermain di fikiran kita kan?

 

Jadi, hari ini admin akan merungkaikan masalah ini untuk anda semua. Hasil pembacaan admin melalui info kecantikan di lama sesawang wanista, telah membuatkan admin faham di mana kesilapan yang admin telah lakukan sebelum. Bukan salah bibir, bukan salah beli lipstik. Sebenarnya salah teknik pemakaian. Haaa nak tahu apa? Jom kita baca info di bawah ini. 😉

 

 

#1 Bersihkan kawasan bibir

Kedengaran macam over pula ya sampai nak cuci-cuci padahal nak pakai lipstik sahaja. Sebenarnya, langkah ini untuk membuang segala kotoran atau kulit mati yang tertinggal. Hanya ambil tisu basah, gosok dan lapkan pada bibir.

 

 

#2 Lembabkan bibir

Setelah itu, sapukan bibir dengan pelembab bibir/lip balm atau apa sahaja jenis pelembab. Pastikan tidak menyapu pelembab dengan banyak.

 

 

#3 Guna primer atau bedak asas (optional)

Seterusnya, untuk lipstik yang tahan lama anda boleh sapukan produk primer untuk bibir atau bedak asas. Ingat, hanya sapuan nipis tidak perlu berlebih!

 

 

#4 Jangan apply terlalu tebal

Ini tabiat yang biasa kita semua buat, apply lipstik terlalu tebal dan akhirnya lipstik jadi berkerak. Amalkan sapuan nipis dan menyeluruh pada bibir. Tak perlu tebal-tebal, biar ia tampak semulajadi, baru cantik!

 

 

#5 Tambah lapisan baru

Elakkan dari menambah lapisan lipstik yang baharu tanpa membersihkan lapisan yang lama. Jika tidak, lipstik dan bibir mengelupas kerana terlalu tebal. Bersihkan lipstik lama, baru apply yang baharu. Penting sekali untuk tidak tambah lipstik pada bibir yang kering, pastikan bibir sedikit lembab untuk sapuan yang licin sempurna.

 

 

 

Amacam ? Dah tahu sekarang apa puncanya? Haha. So, lepasni boleh lah kita praktikkan teknik pemakaian yang betul kerana ia akan membawa kesan kepada bibir kita. Selamat mencuba!