Cara Mencuci Solekan Kalis Air

CARA MENCUCI SOLEKAN KALIS AIR

 

Seperti yang kita tahu, pemakaian make up kalis air memang sedikit susah untuk ditanggalkan. Tidak boleh hanya menggunakan air untuk mencucinya. Kebiasaannya adalah di bahagian mata dan bibir. Akibat susah untuk ditanggalkan ini, ramai wanita di luar sana yang pandang enteng tentang kebersihan terhadap wajah yang bermake up. Bagi dieorang mungkin rasa sudah cuci itu sudah memadai namun tahukah anda bahawa  ia boleh memudaratkan kesihatan mata dan bibir seperti menimbulkan masalah kulit yang lain.

 

Jadi, admin kongsikan beberapa cara untuk anda gunakan bagi mencuci solekan jenis kalis air. Cara yang betul semasa membersihkan make up jenis kalis air adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada kulit wajah menghadapi masalah kulit sensitif, berjerawat dan sebagainya.

 

 

KEPERLUAN

  1. Pencuci solekan kalis air
  2. Kapas muka
  3. Putik kapas

 

 

CARA-CARA 

  1. Lembapkan kapas muka dengan pencuci solekan kalis air yang berasaskan minyak dan air.
  2. Tutup sebelah mata anda dan letakkan kapas muka tadi ke atas solekan mata kalis air tersebut.
  3. Tekan kapas muka tersebut selama 10 hingga 20 saat bagi membenarkan pencuci solekan kalis air tersebut mencairkan solekan maskara kalis air.
  4. Dengan lembut oles lembut kapas muka tersebut pada bahagian kelopak mata dan bulu mata sehingga maskara tersebut ditanggalkan dari bulu mata anda.
  5. Ambil putik kapas untuk mencuci sisa-sisa solekan tersebut di bahagian bawah mata dan kelopak mata.
  6. Ulang cara yang sama pada bahagian gincu kalis air pada bibir anda dengan lembut dan rata.
  7. Cuci keseluruhan wajah anda dengan pencuci muka sehingga bersih dan pastikan tiada sisa solekan pada wajah untuk mengelakkan penularan bakteria pada wajah.

 

 

Mudah bukan? tapi ramai yang tidak menitik beratkan perkara ini. Haaa.. kalau nak lagi best, yang sangat memudahkan anda gunakanlah SET MAKEUP NURRAYSA. Tak perlu susah-susah nak tanggalkan. Selain ia mudah ditanggalkan, set makeup Nurraysa juga adalah set makeup yang mesra wudhuk. Kami juga menyarankan anda gunakan sekali FAST CLEAN EYE MAKEUP REMOVER. Sekali sapuan je dah boleh menanggalkan semua makeup. Tak perlu dah nak gonyoh kuat-kuat untuk bersihkan makeup.

 

 

Bagi anda yang ingin dapatkan set makeup Nurraysa, boleh lah hubungi kami dengan WhatsApp kami di 013-666 5554 untuk order. Everyone Can Be Beautiful. 🙂

 

 

Sumber: Eh!