Cara Mengurangkan Kesan Terhadap Kesihatan Akibat Cuaca Panas

CARA  MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN

AKIBAT CUACA PANAS 

 

Cuaca yang panas boleh memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan diri kitra sendiri. Tengok je lah sekarang ni cuaca sangatlah tidak menentu yang mana boleh menyebabkan kesihatan kita terjejas. Apabila kesihatan terjejas, maka kerja harian kita juga terganggu.

 

Jadi, hari ni admin share kan pada anda sedikit info yang di ambil dari website rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk manfaat anda semua bagi mengelakkan kesihatan menjadi makin buruk. Jom check it out !

Anda Perlu :

    • Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
    • Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
    • Hadkan aktiviti luar
    • Kerap berehat
    • Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
    • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
    • Pakai topi atau payung yang besar

 

Elakkan:

    • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
    • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
    • Bersenam dalam cuaca panas

 

 

Jika anda  mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

    • Keluar dari kawasan yang panas
    • Tanggalkan pakaian yang ketat
    • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
    • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
    • Minum air setiap 15 minit
    • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

 

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia