Cara Paling Mudah Untuk Jimatkan Air Di Rumah

Cara hidup yang tidak lupakan alam sekitar adalah tugas 24/7, dan boleh menjadi sulit ada kalanya. Di sini ada 6 cara anda boleh berikan impak besar dengan jimatkan sedikit air.

Pintu peti sejuk terbuka dedahkan botol air dan beberapa serahi berisi air.

2. Jimatkan air semasa membilas buah dan sayurdengan meletakkannya di dalam penapis dan biarkan air berkumpul di dalam tab di bawahnya. Jimatkannya untuk membasuh dan menyiram tumbuhan anda (pastikan tiada sabun).

GIF tunjukkan tomato dibilas di singki, sementara air dijimatkan di dalam tab dan digunakan untuk menyiram tumbuhan.

3. Mudah terlupa masa (dan penggunaan air) semasa anda menikmati pancuran air panas. Jadi, mainkan sedikit nada sebagai pemasa, dan apabila muzik perlahan, berhenti. Cara lain untuk jimatkan air? Mandi bersama.

Telefon pintar mainkan muzik di dalam bekas plastik di sebelah pancuran.

4. Tiada lagi air terbazir semasa memberus gigi. Hanya isikan cawan dengan air dan bilas.

Berus gigi dan koleh plastik kecil di singki bilik mandi.

5. Hanya tiga barang perlu berada di dalam tandas.Salah satunya adalah tisu tandas. Lebih banyak air perlu untuk mengepam yang lain, jadi simpan tong sampah berdekatan dan elakkan pembaziran.

Tong sisa putih minimalis, di sebelah tandas di dalam bilik mandi.

6. Kurangkan masa mendobi. Melainkan sudah kotor, kebanyakan pakaian tak perlu dibasuh selepas sekali pakai. Hanya anginkannya dan gantung kembali ke dalam almari. Apabila tiba masanya untuk mendobi, pastikan mesin basuh anda berisi penuh.

Baju dibasuh digantung di rak keirng di bilik putih.

Kami gembira apabila pelanggan kami bertindak kreatif dengan produk kami. Teruskan! Tapi ingat, dengan mengubah suai produk IKEA sehingga ia tidak lagi boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan asalnya, bermakna jaminan komersil IKEA dan hak anda untuk memulangkan produk itu akan hilang.