Dekorasi Rumah Bajet

DEKORASI RUMAH BAJET

 

1. Ruang Tamu

Tak perlu serabutkan rumah dengan almari atau kabinet yang tinggi sehingga ke siling. Buat berhabuk je nanti. Beli satu sofa kecil dan campurkannya dengan rekaan kerusi berbeza. Penuhkan kerusi dengan bantal kusyen yang disarungkan dengan sarung cantik berlainan rekaan dan warna. Hiasan dinding pun memainkan peranan juga. Di Kaison ada banyak jual gambar abstrak cantik-cantik dan juga murah pula tu.

Pilih satu lampu siling yang berasaskan rekaan unik untuk berikan aura mewah. Jangan lupa hiaskan meja kopi dengan susunan buku, pasu hiasan kecil serta bunga hidup.

 

2. Depan Pintu Masuk

Gunakan style deko bingkai gambar yang digantung penuh sebagai penyambut anda sebaik menjejakkan kaki di rumah. Tempatkan juga satu meja untuk anda letakan kunci serta surat. Di bawah meja, mungkin anda boleh tempatkan satu bakul yang menyimpan stokin mahupun rak kasut untuk menempatkan kasut secara kemas.

Boleh juga kalau anda hendak gantung penggantung di sisi meja berdekatan pintu masuk. Boleh gantung bag, gantung jaket, jadi mudahlah untuk anda jika sudah terlambat pergi ke mana-mana. Just grab and go.

 

3. Tempat Makan

Belum ada anak dan hanya anda berdua tinggal di rumah. Beli sahaja meja makan yang kecil paling tidak hanya memiliki 4 kerusi. Ini dapat menjimatkan ruang dalam rumah comel anda dan senang juga untuk mengemas nanti. Jika orang datang, bentang sahaja tikar untuk menjamu mereka. Santai juga kan. Meja makan tak semestinya beli satu set, boleh campur aduk kerusi dan meja macam ni, baru nampak style.

 

4. Dapur

Jika anda cukup bijak, pasti anda tahu menggunakan dinding dapur sebagai ruang simpanan yang strategik. Gantungkan juga lampu untuk beri pencahayaan unik. Jangan guna lampu pendarfluor. Sila cari lampu yang memiliki rekaan unik dan tambah beberapa pohon renek hidup.

 

5. Susun Atur Peralatan Dapur

Pinggan mangkuk tak semestinya disusun dalam kabinet. Boleh beli rak sebegini untuk dijadikan tempat meletakkan perkakas harian dapur untuk ubah sedikit daripada biasa. Ditambah pula dengan tumbuhan menjalar yang renek, terus ‘cun’ dapur anda.

Manfaatkan dulang atau bakul cantik untuk dijadikan tempat simpanan perkakas dapur harian yang kemas dan memudahkan anda bila hendak guna nanti.

 

6. Balkoni

Beli sahaja kerusi dan meja kayu yang kecil untuk menaikkan seri balkoni daripada dibiarkan kosong, penuhkan segenap ruang dengan tumbuhan menghijau. Jika tak mahu lantai nampak bosan, boleh guna papan lantai kayu yang boleh anda pasang sendiri daripada IKEA mahupun rumput palsu yang boleh anda beli di Kaison mahupun Daiso.

 

7. Bilik Air

Gantikan lampu siling yang membosankan dengan lampu dinding. Mungkin kelihatan lebih eksklusif ala hotel. Pemilihan rekaan cermin juga memainkan peranan. Perkakas hiasan bilik air yang murah dan cantik ada di IKEA.

Untuk meletak syampu dan sabun, anda boleh juga bina rak pada ruangan dinding atas tandas.

 

8. Bilik Basuhan

Mana-mana rumah apartment atau kondo, pasti ada disediakan satu ruang basuhan dan biasanya ruang basuhan tersebut adalah kecil dan ditempatkan bersebelahan dapur. Mungkin anda boleh gunakan strategi ini iaitu dengan membina satu papan menutupi bahagian atas mesin basuh untuk dijadikan meja meletakkan sabun dan barang-barang keperluan lain.

Jika pintu mesin basuh anda dibuka dari atas, mungkin rak meja tersebut boleh dibina tinggi sedikit.

 

9. Ruang Pejabat

Tak perlulah anda beli kabinet meja yang besar gedabak tu. Beli sahaja meja rak sebegini okay? Lagipun orang zaman sekarang guna laptop, jadi tidak perlu ruang yang banyak pun. Di IKEA ada banyak pilihan.

Gunakan kerusi yang memiliki rekaan eksklusif untuk beri nafas baru pada ruang kerja anda dan jangan lupa tambah pohon hidup. Baru cantik.

 

10. Bilik Tidur

Siapa kata bilik tidur perlu berkatil. Ikut konsep hipster yang hanya menggunakan tilam ini. Namun jangan lupa hamparkan set comforter yang cantik agar berseri sikit ruangan bilik simple anda tu.

Tambahkan hamparan permaidani mahupun sofa kecil untuk menceriakan ruang.

 

Lihat, tak ada apa yang lebih menarik daripada memiliki rumah yang cantik namun hanya menggunakan bajet yang ala kadar. Tanpa memenuhkan isi rumah dengan barang atau perabot mahal pun sebenarnya rumah boleh jadi cantik, asalkan yang menghias tu bijak cari perabot yang ‘kena’ dan mampu milik.

Selamat beramal