10 Makanan Serat Tinggi Yang Terbaik Untuk Berdiet

Makanan Serat Tinggi. Dalam kesibukan menempuh arus kehidupan serba moden telah menyebabkan ramai yang mengambil ringan terhadap tabiat pengambilan makanan dan kurang peduli dengan makan serat tinggi.

Kekurangan pengambilan serat di dalam pengambilan makanan adalah antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit pada masa kini.Kebanyakan negara menyarankan pengambilan serat antara 21 hingga 40g sehari. Tetapi sejauh manakah kesedaran dan kefahaman masyarakat kini terhadap kepentingan pengambilan serat serta kaitannya dengan penyakit?

Serat makanan merupakan bahagian tumbuhan yang tidak boleh dihadam oleh enzim-enzim pencernaan. Ia hanya akan mengalami fermentasi yang lengkap dan separuh lengkap di dalam usus besar.Serat mempunyai kesan fisiologi yang baik kepada proses pembuangan air besar, paras kolesterol darah dan paras gula darah. Serat juga dapat memainkan peranan penting dalam mengawal penyakit termasuklah sembelit, penyakit divertikular, kanser, penyakit jantung, diabetes, obesiti dan hipertensi.

Makanan Serat Tinggi

Oatmeal

Oatmeal mengandungi beta glucan, yang merupakan jenis khusus serat yang mempunyai kesan menurunkan kolesterol yang sangat kuat, dan boleh juga meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh. Oatmeal merupakan campuran yang baik dari serat larut dan serat tidak larut. Serat larut merupakan jenis serat yang menurunkan kolesterol darah. Sedangkan serat tidak larut dapat membantu menjaga pencernaan berjalan lancar.

Betik

Betik dapat melancarkan proses pembuangan sisa metabolik atau mengelakkan sembelit. Enzim betik juga dapat memecah makanan yang mengandung protein hingga terbentuk berbagai senyawa asam amino yang bersifat menghilangkan terbentuknya bahan yang tidak diingini akibat pencernaan yang tidak sempurna

Berry

Buah-buahan merupakan sumber serat yang baik. Menurut para ahli pemakanan, raspberry, blackberry dan elderberry adalah sumber terbaik dari serat makanan.

Sayuran hijau

Sayuran hijau adalah sumber makanan yang kaya dengan zat besi, beta-karotena dan serat. Menurut para ahli pemakanan, sayur-sayuran hijau seperti bayam, merupakan sumber serat terbaik.

Avocado

Avocado bermanfaat mengelakkan anemia, terapi kecantikan dan membantu pertumbuhan semula sel darah merah. Jenis buah ini juga banyak mengandung serat sehingga boleh digunakan untuk melancarkan saluran pencernaan dan mencegah sembelit.

Buah Pir

Seperti kebanyakan buah-buahan dengan kulit yang boleh dimakan, pir adalah buah yang paling berkhasiat dan kaya serat ketika kulit mereka dimakan secara utuh. Sebuah pir mengandung sekitar 5.5 gram serat.

Brokoli

Brokoli dapat mencegah kanser dan juga mengandungi banyak serat. Anda akan mendapat kira-kira 5.1 gram dalam cawan brokoli rebus.

Kacang

Kacang yang diolah menjadi pelbagai jenis makanan apapun adalah sumber serat yang lazat, serba boleh, dan murah. Satu cawan kacang boleh mengandungi kira-kira 16.3 gram serat.

Badam

Badam dan hampir semua jenis kacang lain merupakan sumber serat yang sangat baik, dikemas dengan lemak sihat, dan protein. Tetapi jumlah kalori almond cukup tinggi, sehingga tidak boleh terlalu banyak dalam mengambilnya.

Gandum

Bijirin gandum mengekalkan unsur-unsur pemakanan dan kaya serat.

Kesimpulan

Diharapkan penjelasan mengenai makanan yang mengandungi serat tinggi ini akan memberi manfaat untuk anda. Peliharalah kesihatan tubuh badan anda sebaik-baiknya demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup anda.