JOM KETAHUI TANDA PENYAKIT DALAMAN BERDASARKAN JERAWAT
Eh, dari jerawat pun boleh tahu ya tanda penyakit dalaman kita? Haa.. kalau nak tahu jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat. Kalau nak tahu, sebenarnya kecantikan bukan sahaja datang dari luar. Kecantikan sebenarnya bermula dari dalam. Jerawat yang muncul yang tumbuh di wajah anda mungkin bukan atas faktor tidak membersihkan wajah dengan betul semata-mata akan tetapi mungkin juga punca sebenar adalah daripada dalaman kita. Menurut perkongsian EH! jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu wajah mungkin memberi petunjuk organ dalaman yang tidak sihat.
DAHI
- Jika anda mendapati jerawat tumbuh di dahi sebaiknya lebihkan minum air masak. Jerawat di bahagian ini menandakan sistem penghadaman tidak beroperasi dengan sempurna dan kekurangan kandungan air dalam badan. Air masak membantu menyingkirkan toksin dalam badan. Seeloknya, minum 8 gelas besar air masak sehari dan elakkan minuman berkafein dan berkarbonat. Mungkin anda juga boleh mencuba air teh hijau tanpa gula.
ZON-T
- Ia merangkumi bahagian atas kening, hidung sehingga pipi. Zon ini dketahui di kawasan paling berminyak pada wajah. Jika ada jerawat besar di bahagian ini, kemungkinan sistem organ hati tidak berfungsi dengan baik.
SEKELILING MATA
- Kawasan ini adalah bahagian kulit wajah yang paling sensitif dan lembut. Lingkaran hitam pada mata menunjukkan ketidakseimbangan sistem buah pinggang dan nyahhidrat. Banyakkan minum air masak dan kurangkan pengambilan air manis.
PIPI
- Bahagian Atas: Ia bersambung terus dengan sistem pernafasan iaitu paru-paru. Jerawat di kawasan ini menandakan anda menghirup terlalu banyak udara kotor , terutamanya bagi mereka yang merokok. Selain itu penggunaan telefon yang membuatkan anda lekapkan telefon pada pipi menyebabkan kotoran melekat di pipi dan menyumbatkan pori muka. Dinasihatkan supaya lebih memakan sayur-sayuran seperti kobis, salad, lobak, tomato dan sebagainya.
HIDUNG
- Jantung berkait dengan deria hidung. Jerawat besar dan menyakitkan menandakan tekanan darah tinggi. Jauhi minuman yang memberi tenaga . Kurangkan garam dalam pemakanan dan banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
TELINGA
- Deria ini bersambung dengan deria buah pinggang. Jerawat di bahagian telinga menandakan anda kurang minum air masak. Kurangkan pengambilan kafein dan garam.
DAGU
- Jika ada jerawat di bahagian dagu, ia menunjukkan masalah di bahagian usus kecil anda. Ia disebakan pengambilan diet makanan harian yang diambil. Jauhi makanan berunsurkan tenusu dan berminyak. Jelas bahawa anda makan terlalu melulu dan tidak berkhasiat. Perbanyakkan makan makanan buah-buahan & sayur-sayuran.
Namun ini hanyalah kemungkinan sahaja. Jika masalah jerawat semakin teruk anda boleh rujuk kepada mereka pakar. Jika anda ingin mencuba skincare, anda bolehlah gunakan SET SKINCARE TRIAL PACK. Sangat berkesan tau dalam membantu anda untuk menghilangkan jerawat yang ada. Tak percaya ? Boleh klik Testimoni untuk Set Skincare ni. Terbukti berkesan kepada orang ramai yang ada masalah kulit muka berjerawat seperti anda 🙂