Juadah Pilihan Rumah Terbuka

Juadah pilihan untuk anda sediakan bagi tetamu-tetamu anda yang lapar semasa rumah terbuka anda nanti. Pasti meletup hidangan anda dalam kalangan tetamu anda! Tak percaya, cubalah

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun memasuki bulan Syawal. Kedatangan bulan syawal bermakna satu perkara sahaja kepada rakyat Malaysia iaitu selepas “berdiet” untuk sebulan tiba masanya untuk kembali mengumpul lemak serta kalori bagi mengunjungi majlis open house. Majlis open house telah menjadi trend setiap individu, keluarga malahan syarikat yang besar.

Oleh itu, terdapat  beberapa cadangan juadah pilihan untuk menu Open House agar tetamu anda tidak jemu dengan juadah yang sama bagi setiap rumah yang dikunjungi. Tanpa berlengah lagi, terimalah cadangan juadah pilihan menu open house saya ini.

  1. Ketupat + kuah Kacang

Open house sudah tentunya tidak akan lengkap tanpa makanan yang melambangkan kedatangan Syawal iaitu Ketupat dengan gandingannya, Kuah kacang. Open house mesti wajib ada benda ini.

  1. Lemang + Rendang

Juadah lain yang harus dihidangkan semasa open house sudah tentunya lemang dengan daging atau ayam rendang. Oleh kerana lemang merupakan salah satu makanan yang boleh didapati dengan mudah terutamanya dalam perjalanan balik ke kampung, belilah satu atau 10 dan sumbanglah kepada peningkatan ekonomi negara Malaysia.

  1. Sate

Sate merupakan salah satu makanan yang mesti kena ada. Sate merupakan salah satu makanan yang mudah dibuat. Kalau dah tahu ada sate kat rumah terbuka tersebut bergegaslah ke rumah tersebut sebab sate merupakan makanan yang paling cepat akan habis.

  1. Soto

Kepada mereka dibahagian selatan terutamanya negeri Johor, soto mesti berada dalam menu untuk open house. Soto biasanya terdapat 2 jenis iaitu soto nasi dan soto mee, pilihlah makanan yang anda berkenan dan gandingan dengan sup soto. Jangan lupa makan dengan sambal kicap.

  1. Laksa

Kepada mereka yang tidak mengemari soto, makanan lain yang boleh anda cuba ialah laksa. Bergantung kepada kegemaran anda, terdapat beberapa jenis laksa di Malaysia antaranya ialah Laksa johor dan laksa penang yang boleh anda cuba untuk dihidangkan kepada tetamu anda.

  1. Kambing Golek

Peminat kambing mesti ketahui bahawa kunjungan ke rumah terbuka tidak lengkap tanpa kambing golek. Walaupun ianya agak mahal dimana anda perlukan segala peralatan untuk membakar daging tersebut namun hasilnya sangat memberangsangkan dan sangat menyelerakan. Kepada mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi, berpada-pada makan kambing nanti.

  1. Nasi Hujan Panas ( Ayam Masak Merah)

Sesetengah tetamu mungkin akan muak dengan nasi impit sahaja kerana ianya mungkin makanan uji pada bulan Syawal maka sebagai tuan rumah, cuba tukarkan menu anda dengan menu nasi hujan panas. Warna yang menarik serta aroma yang mengiurkan mampu membuatkan tetamu anda gembira. Ingat, nasi hujan panas lagi enak jika ianya dimakan dengan Ayam masak merah.

  1. Roti Jala

Roti jala turut boleh dijadikan sebagai menu untuk rumah terbuka. Makanan yang mudah dibuat ini dapat menghasilkan kuantiti yang banyak dimana ianya akan menampung tetamu anda yang banyak. Justeru itu, nasi mungkin akan menyebabkan anda penat dan mengantuk untuk kembali ke tempat kerja, makanan alternatif untuk mengelakkan mengantuk ialah roti jala yang merupakan makanan yang tidak terlalu berat.

  1. Cendol

Cendol merupakan salah satu pencuci mulut yang menjadi rebutan ramai masyarakat Malaysia. Oleh kerana cuaca pada masa sekarang yang agak panas terik, maka sesuap cendol yang sejuk mampu membawa kembali senyuman anda. Selain ianya merupakan makanan yang mudah untuk dibuat, cendol turut merupakan makanan yang mengenyangkan kerana mengandungi bahan-bahan yang berlemak seperti susu dan kacang merah.

  1. Koktel Buah

Masyarakat Malaysia turut sudah terbiasa dengan koktel buah. Ianya merupakan salah satu juadah yang menyegarkan kerana menggunakan buah-buahan yang segar. Kepada mereka yang sudah jemu dengan pencuci mulut seperti kek cawan dan kuih-kuih raya, cubalah koktel buat bagi menyegarkan hari anda.

Itulah merupakan senarai juadah pilihan yang dicadangkan kepada semua tuan rumah yang bakal mengadakan rumah terbuka. Berbelanjalah berpada-pada, ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan semoga anda semua tidak terlalu kenyang dengan makanan yang enak-enak. Mahu makan tetapi tak nak naik berat? Ikuti langkah-langkah penjagaan makanan ini.