Kepentingan Mendidik Anak Dalam Islam

KEPENTINGAN MENDIDIK ANAK DALAM ISLAM

Anak-anak adalah amanah Allah. Perlu dijaga, dididik dengan ilmu kebaikan dengan sebaiknya. Dalam hal ini, anak-anak boleh kita ibaratkan seperti kain putih, ibu bapa khususnya yang perlu mencorakkannya kea rah kebaikan. Kalau tidak dijaga, dididik dengan sebaiknya maka masa depan mereka di dunia dan akhirat mungkin menjadi sia-sia.

Sangat penting untuk ibu bapa dalam memainkan peranan mereka. Hal ini kerana pertumbuhan anak-anak semuanya bermula dari rumah dan ibu bapalah yang perlu memantau segala aktiviti anak-anak. Hindari kehidupan seharian anak-anak dengan perkara- perkara yang negatif yang menyumbang kepada kelakuan anak yang tidak baik pada masa akan datang.

Tapi, ada juga yang tertanya kenapa perlu mendidik anak-anak dalam Islam? Apa kepentingannya?

Jadi, suka saya share kan pada anda semua kesan atau pun kepentingan yang terbaik yang bakal terhasil jika kita mendidik anak dalam Islam.

 

  • Melahirkan anak-anak yang soleh,dan bertaqwa kepada Allah
  • Melahirkan anak-anak berakhlak yang sentiasa memuliakan kedua ibubapanya
  • Melahirkan anak-anak yang disenangi oleh masyarakat luarMelahirkan anak-anak yang tahu menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah
  • Melahirkan anak-anak faham agama,beramal denganya dan sanggup berjuang untuk menegakkan agama.

 

Tak rugi kalau anda sebagai ibu bapa luangkan banyak masa dengan anak-anak kerana kelak anak-anak yang kita didik dengan baik itulah nanti yang dapat membanggakan kita di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.