Tahukah anda produk solekan mata seperti eyeliner, maskara dan juga eyeshadow juga mempunyai tarikh luput.

Kosmetik solekan mata yang sudah tamat tarikh luput boleh menyebabkan beberapa masalah kulit. Malahan infeksi mata dan jerawat biasanya disebabkan kerana penggunaan maskara, eyeliner, eyeshadow atau make up base yang sudah tamat tempohnya.

Antara Penyebab Terjadinya Kesan Jangkitan Daripada Solekan Mata:

1. Kerap berkongsi alat solekan mata, contohnya kawan anda gunakan atau berkongsi dengan adik-beradik.

2. Menggunakan alat solekan yang telah tamat tempoh. Ini tidak sepatutnya berlaku, mungkin bakteria akan membiak.

3. Membeli alat solekan yang berkualiti rendah. Anda perlu berjaga-jaga kerana kulit mata adalah sensitif, jadi anda perlu menitik beratkan jenama solekan anda.

4. Tidak mematuhi arahan pemakaian solekan. Anda perlu baca dahulu cara-cara pemakaian yang betul di kotak pembelian atau mendapat khidmat nasihat dari pakar.

Langkah Mengatasi Jangkitan Daripada  Solekan Mata:

– Menggunakan alat solekan yang berkualiti, sebaik-baiknya jangan bersolek setiap hari. Mata anda juga inginkan rehat.

– Buang alat solekan yang telah luput tarikhnya. Ini adalah langkah berjaga-jaga untuk kesihatan mata anda juga.