Terdapat banyak khasiat tomato untuk kesihatan tubuh badan, termasuk mencegah kanser.

Berikut adalah petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato serta khasiat tomato yang boleh anda gunakan sebagai rujukan.

Tomato atau nama saintifiknya Iycopersicon esculetum sememangnya digemari ramai. Sama ada diratah begitu sahaja atau digandingkan dalam pelbagai jenis masakan, tomato menjanjikan keenakan tersendiri. Hidangan Mediterranean dan Asia Barat menjadikan tomato sebagai bahan asas yang paling kerap digunakan.

Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki.Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma,mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Berikut Adalah Petua Dan Cara-Cara Penjagaan Kulit Menggunakan Tomato:

1. Membersihkan Kulit Muka

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E – kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

2. Mengecilkan Liang Roma

3.  Merawat Jerawat

4. Menyejukkan Kulit Yang Rosak

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit. Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit. Itu sahaja perkongsian mengenai khasiat tomato untuk kecantikan anda.

Spread the word


Facebook


Twitter


Google-plus


Wordpress