Nurraysa Millionaire Award 2021

Nurraysa bantu 182,000 usahawan

Nurraysa Millionaire Award 2021
Abadi kenangan, Nur Aini Zolkepeli dan Fatimah Zaharah Mohd Zahib berkongsi pentas utama bersama suami.

Kuala Lumpur: Syarikat kosmetik dan kecantikan, Nurraysa Global Sdn Bhd rancak mengukuhkan nama serta menghargai usahawannya terutama di kalangan suri rumah dan wanita.

Sebelum pandemik Covid-19, syarikat yang ditunjangi wanita berpurdah, Nur Aini Zolkepeli ini pernah menganjurkan Nurraysa Excellence Awards pada 2019 bagi menghargai usahawan yang menjadi nadi kekuatan legasi jenama itu.

Selepas dua tahun virus itu menyerang dan masih dilihat memberi ancaman, jenama itu buat julung kalinya menganjurkan Konvensyen Usahawan Jutawan Nurraysa 2022 di Hotel dan Pusat Konvensyen Movenpick Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Acara sepanjang hari yang turut melabuhkan tirai, dengan ‘Makan Malam Gala’ bertema Bangsawan pada sebelah malam itu berpaksikan Misi Mencipta Bangsa Usahawan dengan menyaksikan lebih 200 penyertaaan usahawannya dari seluruh negeri.

Menurut Nur Aini, konvensyen dianjurkan atas objektif yang mahu terus membakar semangat dan memajukan usahawan yang menjana pendapatan menerusi empayar dan legasi perniagaannya.

“Kita mahu memberi inspirasi kepada peserta yang hadir melalui kejayaan saya sebagai pengasas dan kejayaan ‘Master New Business Owner (NBO)’ yang telah terbukti berjaya.

Kejayaan yang dikecapi bukan- buatbuat atau diada-adakan. Kita paparkan kisah kejayaan sebenar.

“Perkara itu disokong dengan menunjukkan hasil kejayaan sebenar melalui sesi perkongsian bersama mereka yang berjaya hingga menjadi jutawan. Selain itu, kita juga mahu memperbetulkan ‘mindset’ bahawa berniaga bukan untuk kaya semata mata. Tetapi lebih daripada itu untuk membantu lebih ramai orang.

“Takkan miskin seseorang itu kerana bersedekah mahupun membantu orang lain. Malah perkara itu juga dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah. Saat pandemik menyerang membuat ramai bergelut, kita membantu 182,000 usahawan jana pendapatan dari rumah sejak 2020 hingga kini,” katanya.

Kata Nur Aini lagi, konvesyen itu juga menjadi platform terbaik menyebar luaskan misi dan visi rangkaian perniagaannya.