PART 4: 14 TIPS BERKESAN LIVE DI FACEBOOK
Hai jumpa lagi untuk segmen Tips Bisnes dalam entry kali ni sambungan untuk PART 4 atau part yang last mengenai Tips Berkesan Live Di Facebook.
Kalau sebelum ni admin dah share kan 10 tips, so harini admin sambung lagi 4 tips untuk cukupkan 14 tips. Dah sediakan pen dan kertas untuk take note? Okay jom check it out !
Sebelum tu mana yang baru mengikuti blog kami nak tahu tips-tips yang sebelum ni boleh lah klik link ni ;
STEP UNTUK LIVE:
STEP 11: BERITAHU PENONTON ANDA INGIN BUAT CONTEST
- Beritahu penonton, kita adakan contest hari ini, siapa yang bertuah dan share paling banyak, dan klik invite kawan ramai-ramai , 2 orang pemenang bertuah akan memenangi Pearl Magic Lisptik bernilai RM30 ( ni adalah contoh contest) – impak contest sangat dasyat, view akan naik sangat dasyat. Komen dan share pun akan sangat-sangat tinggi. Pelaburan yang sangat berbaloi, berbeza jika anda tak buat contest.
STEP 12: BERCAKAP DENGAN SANTAI DAN TIDAK TERLALU SKEMA
- Apabila anda Bercakap , anda bercakap secara santai dan tenang. Sepatah-sepatah, jangan laju, baca komen daripada penonton, dan jawab pertanyaan penonton, sambil kita teruskan bercakap atau kita buat apa yang tengah kita buat. Kerana pentingnya interaksi antara penonton untuk mereka happy nak tonton live anda lagi.
STEP 13: ULANG BANYAK KALI TENTANG CONTEST ANDA DAN MINTA PENONTON KLIK SHARE
- Ulang banyak kali ketika live, tentang contest anda, beritahu penonton, klik SHARE SHARE SHARE , dan invite kawan-kawan, 2 orang pemenang betuah akan memenangi Pearl Magic Lisptik bernilai rm30, bukan satu tapi 2 orang kita pilih tau.
STEP 14: MEMBERI SALAM UNTUK PENUTUP LIVE
- Akhir sekali dah last bagi salam, dan ulang lagi tentang contest, dan beritahu penonton, saya akan live lagi esoknya jam 10 pagi( contoh) . Pelbagai hadiah menarik untuk anda .
Selamat mencuba, teknik yang saya sharekan ini yang saya dah buat, dan saya dah ejas macam-macam untuk impak yang bagus, permulaan konsisten setiap hari, apabila konsisten anda akan dapat lihat , view akan semakin meningkat dari hari ke hari. Setakat live yang saya buat, paling tinggi view adalah video live tutorial mekap, sangat power, orang suka tengok, tak reti buat make up? Youtube banyak, video MUA live di Facebook pun banyak sangat. Buat makeup simple pun orang tengok, sebab orang nak tengok mudahnya guna makeup Nurraysa dan effect dia lepas dah pakai.
So, untuk anda semua Semoga Berjaya !